CARI DISINI

Loading...

Monday, August 8, 2011

Politik - Nak Sorok Buat Apa?


KOTA BHARU - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan, beliau mengadakan pertemuan bersama Tengku Razaleigh Hamzah bagi berbincang soal pelantikan Ketua Pembangkang untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Mursyidul Am Pas itu berkata, sejarah membuktikan, beliau tidak pernah berahsia dalam urusan kehidu-pannya, malah jika benar pertemuan itu berlaku, tiada sebab ia perlu ditutup dari pengetahuan umum.

“Saya tidak tahu cerita jumpa Ku Li timbul dari mana, tak ada pertemuan. Kalau ada, buat apa saya rahsia, dalam sejarah hidup saya, tidak ada rahsia, tuan-tuan tahu sendiri,” katanya selepas melancarkan buku Konsep Negara Berkebajikan tulisan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di sini, semalam.

Kenyataan terbabit sekali gus menjawab cabaran dilontarkan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mahukan Nik Abdul Aziz membuat kenyataan terbuka dan bukannya melalui Facebook mengenai dakwaan pertemuan rahsia tersebut.

Ditanya adakah dakwaan itu dibuat kerana mahu menjatuhkan Pas, Nik Aziz berkata, jawapan tersebut hanya boleh diberikan individu yang membuat tuduhan terbabit.

“Ini perkara mengarut, saya nasihat mereka jaga akhlak. Ini bulan Ramadan, jangan sebarkan berita yang tidak benar,” katanya.

Menyentuh mengenai kesihatannya, Nik Aziz mengakui faktor usia kadangkala menyebabkan beliau beberapa kali menerima rawatan hospital, namun ia tidak menjejaskan urusan pentadbiran Kerajaan Negeri dan parti.



-Sinar Harian-


" Politik Boleh Diagamakan Tetapi Agama Tidak Boleh Dipolitikkan..Jika Benar-benar Memperjuangkan Agama Dan Keadilan, Buktikan..Tak Banyak, Sikit Pun OK..Tak Kiralah PR Atau Kerajaan.. " - Awan Fantasia



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X