Monday, May 2, 2011

Maya Karin Dilacurkan Bapa Saudara ??


Terkedu korang bila baca tajuk tue,kan?Kesian Maya Karin..Awan pun tak sangka..Sedih sangat-sangat..Macam nie,Maya Karin menjadi anak yatim piatu, dan dia dilacurkan oleh bapa saudaranya sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta.Dah3!!Tak sanggup Awan nak cerita..Kalau korang still sanggup nak baca,tekanlah butang apa yang patut..
Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu..Berlakon daaa..Bukan kisah benar..Hahahaha..Suspen x?Hehehe.. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari kalau korang nak taw..

 Maya mengakui agak berat untuk membawakan wataknya..Apa kata Maya :
“Saya pernah baca novel ini tujuh tahun yang lalu dan saya akui amat menyukai cerita Ombak Rindu ini. Bila ditawarkan untuk berlakon dalam naskhah ini, saya rasa gembira sangat,”..
 “Watak Izzah sangat jauh dengan diri saya sendiri. Dia merupakan anak yatim piatu dan dilacurkan oleh bapa saudara sendiri. Saya selalu memikirkan tentang watak ini dan cuba melalui hidup sebagai Izzah.


“Bagi saya, watak Izzah sangat istimewa. Watak Izzah sangat kuat dalam diri saya sehinggakan saya masih pegang perasaan dan prinsip Izzah sampai sekarang,".

For your information,Maya buat julung kalinya akan tampil berbeza berbanding dengan filem lakonannya sebelum ini..Dia memiliki darah kacukan, pelantun lagu ‘Erti Cinta’ ini akan di‘Melayu’kan sepenuhnya baik dari segi aspek pergerakan fizikal mahupun spiritualnya..Malah, duta Innershine ini perlu menjadi Melayu sejati dan pandai mengaji Al-Quran.. Justeru, bagi menguatkan lagi wataknya, Maya mengambil masa selama tiga minggu dalam mempelajari proses menjadi Izzah.. Malah, Maya turut mengupah seorang Ustazah untuk mengajarnya ilmu agama..

Apa nak jadi dengan artis sekarang..Dengan tanpa dengan segan silunya Maya berkata :

“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak.. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari.. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.


“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.


Nak tengok sejauh mana kemelayuan Maya dalam filem terbarunya, Ombak Rindu, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam berhampiran korang tidak lama lagi.. Filem ini turut diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

P/S : Sedih dengan artis kita sekarang nie..apa-apapun,sentiasa verdoa agar dorang kembali ke pangkal jalan..Amin.....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

21 comments:

FadhDeela said... [Reply]

xsabar nak tgk cite nie..mmg best!! baca novel dia dulu :P

Meh sini: Video Marshanda Nikahh!! giler smart

Sini jugak: Trip to Penang!!Besttt!

Farah Bee Bee said... [Reply]

arghh kenapa mesti maya??cari la artis lain yg innocent and lagi melayu.mcm kampung girl gitu.hish mcm x kena je maya nk jd izzah.huhu keciwa

Awan Network said... [Reply]

@fadhdeela
hahaha..jom sama2 kita gempakkan panggung t.. :-)

Awan Network said... [Reply]

@Farah Bee Bee
hahahah..ai,abis tue sapa yg layak?cekabo...hahahaha

Anonymous said... [Reply]

arghhh...x da org lain ka...cter ni best tp jd x best sbb heroin dia..

suha said... [Reply]

moga pas die belajar pasal agama die dapat hidayah Allah..amin..

Awan Network said... [Reply]

@Anonymous
pastu nak sapa jadi heroinnyer? ^_^

Awan Network said... [Reply]

@suha
InsyaAllah....Amin..

Anonymous said... [Reply]

Mudah2an dengan belajar agama nie, Maya akan dapat hidayah dan menjadi seorang muslimah yang baik.

Anonymous said... [Reply]

Bukannya apa, kalau artis cakap bab agama - nak bertaubat lah, insaf lah, ikhlas lah, niat dan hati dia baik Tuhan saja yg tahu lah, upah ustazah semata=mata utk jd modal dan bahan utk lakonannya lah, etc...dan kita?...adakah kita memperbaiki solat dan muhasabah diri kalau doa kita akan dimakbulkan?...percaya saja?...amalan dan ibadah bukan boleh di bawa bercakap depan reporter atau depan kamera kalau tidak lain kerana riak...artis hanya menipu diri dan org disekilingnya...kalau benar insaf sanggupkahkah melepaskan kehidupan mrk sebagai artis krn Tuhan?...akhir zaman manusia munafik (sekular) jauh lbh ramai dr org mukmin...agama hebat dimulut tp amalan soleh tiada...Hidayah? Bukankan Al-Quran diturunkan utk menjadi petunjuk dan hidayah bg manusia yg mahu beriman?...atau mrk sengaja tidak mahu memikirkannya? Al-Baqarah...peringatan sudah dtg kpd mrk cuma tiada taufik (tidak mahu berubah)...

Anonymous said... [Reply]

artis hidup berpura-pura...jadikanlah kehidupan lebih bermakna....

Anonymous said... [Reply]

aku jumpe maya karin kat ladang boh mase dia lakon dulu le..lu cun le maya..i yg bli dkt cafe tu..sweather hensem tu lee...ingat kee...

Anonymous said... [Reply]

maya yu solo lagi ke..kasi le no. hp....aduh mane nak contact nii..sedap tak mkn donut..

Love MyAinun said... [Reply]

dah2 korang. kite doa je hopefully daripada watak ini, dia dapat hidayah utk menjadi seorang muslimah yg solehah! :)

Check out our Korean-Made contact lens here! Free Postage within Malaysia! Menarik dan berpatutan! :) Mari singgah www.lovemyainun.blogspot.com

ustaz rempitan said... [Reply]

dah nk berlakon,baru nk amik tahu psl agama ke?mcm mane kalu x berlakon filem tu?aku rase smpai kiamat pon maya x blaja psl agama...ish3...

Anonymous said... [Reply]

@ustaz rempitan
"Sesungguhnya orang2 yang beriman apabila didengarkan kpd mereka ayat2 dr Tuhan, mereka terus sujud dan tidak mempersoalkan sedikit pun akan perintahNya".Bukan semua org yg jahil ilmu agama Tuhan akan memberi perlepasan kecuali yg jahil setelah diberi peringatan dan tetap tidak mahu berubah.
Si munafiq yang mengaku beriman kepada Allah dan RasulNya, akan terdedah ke”munafiq”kannya apabila mereka disuruh untuk mentaati Allah dan Rasul. Atau dengan kata lain, sifat munafiq seseorang akan terserlah apabila mereka disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah.

Dari segi luaran, mereka mendirikan solat, membayar zakat dan berwatak sebagai seorang muslim. Tetapi apabila disuruh untuk melaksanakan undang-undang Allah, mematuhi syariat dan sebagainya, mereka mula berdalih untuk tidak melakukannya.

Mereka inilah yang dikatakan berhakimkan dengan taghut (syaitan yang menghalalkan yang Haram) sepertimana yang disebut di dalam Surah an Nisa ayat 60 ini. Sedangkan mereka telah disuruh untuk beriman kepada Allah, dan menolak sebarang bentuk taghut.

Juga telah disebutkan, perjuangan taghut inilah yang memperjuangkan kebatilan, kejahatan dan kezaliman, sedangkan mereka telah diperintahkan untuk menolak bentuk taghut ini. Firman Allah SWT :

Maksudnya : Dan sesungguhnya Kami telah mengutus dalam kalangan tiap-tiap umat seorang Rasul (dengan memerintahkannya menyeru mereka): “Hendaklah kamu menyembah Allah dan jauhilah Taghut”. Maka di antara mereka (yang menerima seruan Rasul itu), ada yang diberi hidayah petunjuk oIeh Allah dan ada pula yang berhak ditimpa kesesatan. Oleh itu mengembaralah kamu di bumi, kemudian lihatlah bagaimana buruknya kesudahan umat-umat yang mendustakan Rasul-rasulnya. (Surah an Nahlu : 36)...allahualam

Anonymous said... [Reply]

@ustaz rempitan
Apabila dunia sudah ada di dalam hati akan sukar untuk dilepaskan.Peringatan sudah sampai kepadanya dan pilihannya utk jalan yang lurus atau tidak. Tuhan tidak pernah menzalimi sesiapa krn syurga dan neraka atas kemahuan inidividu dan telah dilepaskan akal utk mereka membezakan antara haq dan bathil. Diceritakan di dalam Al-Quran keadaan manusia yang mengatakan Tuhan kejam ke atas mereka di dunia mahupun di Akhirat kelak.

Akan datang kepada umat Muhammad, fitnah yang berlaku kepada umatnya seperti malam yang gelap pekat.- al hadis.

Maksudnya, fitnah akhir zaman amat hebat sehingga membutakan setiap mata dari melihat kebenaran.

Tiga(3) skop utama kebutaan tersebut ialah:-

a) Orang Islam sudah tidak menghiraukan ilmu akhirat.

b) Orang Islam hanya mementingkan makan dan minum sahaja.

c) Orang Islam hanya menguruskan kehidupan dunianya sahaja.
...Allahualam

Prince said... [Reply]

haha..pndai ko trik minat aku ye..:)

Sayur Berperisa Najis Katak..Sanggup Makan ? ( 1 Gambar )
[ 18 SX ] Koleksi Gambar Perempuan ( Wanita ) Paling Seksi

Anonymous said... [Reply]

Bagi mereka yang taksub dengan kehidupan dan perbuatan artis2, tiada apa yang mereka lakukan dapat dijadikan contoh dan teladan.Ambillah peringatan ini:

(Iaitu) orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda gurau, dan kehidupan dunia(kemewahan & kelazatan) telah menipu mereka. Maka pada hari (kiamat) ini, Kami melupakan mereka sebagaimana mereka melupakan pertemuan mereka dengan hari ini, dan (sebagaimana) mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami. Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.(Surah al-A'raf: 51/52)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim”. Maksud zalim di sini ialah syirik atau dosa-dosa besar lainnya. Pada ayat ini kita dilarang oleh Allah menggauli mereka serta meredhai perbuatan mereka. Tetapi jika menggauli mereka tanpa meredhai perbuatannya dengan maksud agar mereka kembali kepada kebenaran maka menurut sesetengah ulama adalah diperbolehkan. Tetapi menurut yang lain pula ayat di atas menunjukkan bahwa kita wajib memulaukan mereka karena menggauli mereka boleh membawa ke Neraka.

“Yang menyebabkan kamu disentuh api neraka”. Maksudnya jika kita cenderung kepada mereka serta meredhai perbuatan mereka maka kita akan diazab dengan api neraka. Dan jika perkara ini benar-benar berlaku nescaya kita tidak akan mendapat pertolongan kecuali daripada Allah SWT. Dan ini adalah hukuman bagi orang yang cenderung kepada orang yang zalim: bagaimana pula hukuman bagi orang-orang yang justeru melakukan kezaliman? Wal ‘Iyadzubillah.

“Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”. Maksudnya: Segala wasiat yang telah disebutkan di atas iaitu perintah agar Istiqamah, larangan agar jangan melampaui batas, larangan agar jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim, perintah agar melaksanakan solat pada waktu-waktu yang telah ditetapkan, kesemuanya itu adalah pengajaran yang berguna bagi orang-orang yang menginginkan nasihat, tidak melupai Allah, dan merasa sentiasa di dalam pengawasan Allah. Adapun di sini khusus disebut “Lidz Dzaakirin” iaitu bagi orang-orang yang ingat, karena hanya mereka sajalah orang-orang yang dapat mengambil menfaatnya.

Kalau terasa dan melatah, muhasabah diri, kita dalam golongan yang mana:

Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat bagi orang-orang yang beriman. (Surah adh-Dhariyat: 55)
Oleh sebab itu, berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanafaat. Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Surah al-A'la: 9-11)

Dan sesungguhnya dalam Al-Quran ini Kami telah ulang-ulangi (peringatan-peringatan) agar mereka selalu ingat. Dan ulangan peringatan itu tidak lain hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran) (Surah al-Isra': 41)
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang telah diperingatkan dengan ayat-ayat dari Tuhannya lalu dia berpaling daripadanya dan melupakan apa yang telah dikerjakan oleh kedua tangannya? Sesungguhnya Kami telah meletakkan tutupan di atas hati mereka, (sehingga mereka tidak) memehaminya, dan (Kami letakkan pula) sumbatan di telinga mereka; dan kendatipun kamu menyeru mereka kepada petunjuk, niscaya mereka tidak akan mendapat petunjuk selama-lamanya. (Surah al-Kahf: 57)

Unknown said... [Reply]

kisah tentang pelacur dan pelacuran sudah klise dalam dunia fiksyen, termasuk filem. a.samad said dah tulis dalam Salina. kalau ombak biru dianggap terbaik, ia hanya lanjutan daripada berbagai kiisah yang pernah ditulis oleh novelis terdahulu.tentang maya karin ni entahlah, bagaimana lakonannya, sebagai manusia berilmu, tentu dapat terima pandangan dari kalangan agamawan, di mana artis kita nak letakkan, asda manfaat atau tidak, sekiranya membawa kepada kebejatan, hah... ia tidak memberi apa-apa, akting baik atau tidak, orang tidak peduli, kerana ia bukan sarana untuk menambah ilmu yang bermanfaat.

unknown said... [Reply]

buku tu mmg best! semua karya fauziah ashari mmg top!

ske2..

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X