CARI DISINI

Loading...

Sunday, August 7, 2011

Bersama DRAMA BAND Di Awan Fantasia


Di bawakan khas untuk peminat lagu Babak Pertama amnya dan peminat kumpulan DRAMA BAND khususnya..Sesi temubual bersama wakil kumpulan DRAMA BAND iaitu saudara Daus yang mana merupakan memegang posisi bassist dalam band ini..Jom ikuti temubual eksklusif antara AWAN FANTASIA dan DRAMA BAND..





AWAN FANTASIA : Bila Kumpulan Ini Mula Ditubuhkan?

DRAMA BAND : 26 Oktober 2010.

AWAN FANTASIA :  Apakah Genre Lagu Yang Dibawa Dalam Lagu2 Kumpulan Ini?

DRAMA BAND : Modern Pop Rock.

AWAN FANTASIA :  Kumpulan Ini Terdiri Daripada............?(Nama dan posisi)

DRAMA BAND : 4 Orang

Aepul -Vocalist
Ammar Habir-Guitarist
Daus Srk- Bassist
Faeez Halim -Drummer

AWAN FANTASIA : Ada Album Terbaru Yang Bakal Dikeluarkan?Jika Ada,Jelaskan Serba Sedikit Mengenai Album Tersebut...

DRAMA BAND : Setakat ini kami membuat single dulu dan kmudian cukup 7 atau 8 lagu kami akan satukan menjadi sebuah Album..

AWAN FANTASIA : Dari Mana Datangnya Nama Kumpulan Ini?(Idea Dari Mana dan Apa Maksudnya).

DRAMA BAND : Kami di satukan menjadi sebuah kumpulan dalam HotFm Twisties bingit dan telah di beri tugasan dalam masa 15minit untuk memikirkan nama band. Pada masa tu,macam2 nama yang diberi oleh ahli2 band dan rakan2 yang kami tanya..kemudian ada satu nama yang menarik perhatian kami iaitu DRAMATicS Vibes,tetapi kami memikirkan nama itu terlalu panjang dan susah nk di ingat..klu Mak Cik kat kawasan pedalaman pun banyak
kali nak kene ingat dan cara nak sebut..heheheh(joke)..akhirnya hasil perbincangan kami berempat terhasil lah nama DRAMA.

AWAN FANTASIA : Lagu pilihan dan sejarah lagu itu dicipta..

DRAMA BAND : Sejarah lagu babak pertama dicipta oleh Ammar habir(guitarist) dan lirik Aepul(vox) khas untuk pertandingan HotFM Twisties Bingit(memenangi Demo terbaik masa tu) seterusnya terpilih menjadi lagu tema Juvana pada April 2011 dan tercalon dalam Pencalonan Muzik-muzik 26 TV3.

AWAN FANTASIA : Ucapan Khas Kepada Peminat Drama Band Kat Luar Sana...

DRAMA BAND : All Dramatics fan!! Kitorang nak mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan anda semua selama ini,kami akan sentiasa buat yang terbaik untuk korang,tanpa anda siapalah kami. ur guys Rock!! keep support us!

korang boleh layari Fan Page kami di sini

follow us on twiiter @DRAMAbingit.


AWAN FANTASIA : Ucapan Istimewa Kepada Pembaca BLOG AWAN FANTASIA...

DRAMA BAND : Terlebih dahulu ribuan terima kasih kepada BLOG AWAN FANTASIA kerana memberi ruang untuk kami di Blog ini dan kepada pembaca, korang semua memang sporting,keep support our industri,kerana anda semualah masa depan Kami!! luv u all!






Info Lanjut??!!Sila Klik:
Design Tin Nescafe Dan Menang RM10K ?
Ingin Menangi Suzuki Alto Dan Hadiah bernilai sehingga RM80K?
Beli Produk SAMSUNG Dan Menangi Hadiah Saguhati ?

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X