Thursday, June 23, 2011

Maharaja Lawak Peringkat Akhir - Siapakah Bakal Menjadi Juara?


Siapakah pilihan korang?..Awan entah kenapa dari minat dengan "Kumpulan Ape Pun Tak Boleh" [Jambu] jadi minat dengan "Kumpulan OMG" [Sepah]..Haha..Dorang memang kelakar sampai urat kentutku terputus..Kikikiki..Sungguh tak sopan seperti Sepah.. (^_^)V..



Sapekah antara mereka bakal dinobatkan peserta paling kelakar di Malaysia, sekali gus meraih wang tunai sebanyak RM300,000 sebagai ganjaran dalam program akhir Maharaja Lawak, malam esok. 

Segala debaran terus memuncak apabila peserta akhir yang bertanding bukan terdiri daripada calang-calang pelawak, antara mereka pernah diangkat sebagai juara menerusi program Raja Lawak sejak 2007. Selain itu, ada peserta ini juga sudah terbabit di dalam beberapa produksi drama dan filem.
Mereka terdiri daripada tiga kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Sepah, manakala peserta solo terdiri daripada Nabil. Jozan yang terdiri daripada Johan dan Zizan adalah peserta Raja Lawak musim pertama dan hanya menduduki tempat kedua dan ketiga. 

Namun populariti mereka terserlah selepas dipertanggungjawabkan mengendalikan program itu untuk musim kedua hingga kelima. 

Jambu yang terdiri daripada Yus adalah juara Raja Lawak musim pertama dan Tokey juga adalah finalis musim itu. 

Trio yang menggelarkan diri mereka Sepah dan dianggotai Jap, Mamat dan Shuib dinobatkan juara Raja Lawak musim ketiga, manakala peserta solo, Nabil juara musim kedua. 
Secara tidak langsung, program Maharaja lawak menghimpunkan juara bagi mencari siapa terhebat untuk dinobatkan sebagai Maharaja di kelompok komedi tanah air. 
Sehingga minggu ke-12, Jozan masih lagi berada di kedudukan teratas, namun tidak bermakna kedudukan itu boleh kekal hingga ke peringkat akhir. 

Banyak yang mengandaikan populariti Jozan yang sebelum ini pernah menjadi pengacara program Raja Lawak empat tahun berturut-turut menjadi faktor utama mereka disukai pengundi, sekali gus menjadi peminat mereka. Tidak terkecuali juga keserasian mereka yang mengendalikan program itu turut diiktiraf di dalam penganugerahan antarabangsa sebagai program realiti terbaik yang berlangsung di Singapura tahun lalu. 

Namun jangan sesekali memandang ringan terhadap keupayaan kumpulan Jambu, mereka antara kumpulan yang konsisten sejak minggu pertama lagi. Walaupun pernah tersingkir pada minggu lalu bersama kumpulan R2, namun berjaya meraih simpati juri untuk menggunakan satu-satunya imuniti membawa mereka masuk kembali. 

Walaupun komedi yang disampaikan agak ringan, namun penggunaan gerakan tubuh serta mimik muka mereka menambat hati penonton yang menganggap mereka adalah pelawak yang comel. 

Kumpulan Sepah yang ketika menyertai Raja Lawak banyak menambat hati pengundi dengan komedi berbaur lucah dan jijik, namun pengajaran yang berguna juga adalah kumpulan yang paling konsisten sejak menyertai Maharaja Lawak. 

Setiap minggu mereka tidak pernah mengecewakan kesemua juri malah pujian demi pujian turut diberikan. Walaupun mereka sering menduduki tangga ketiga teratas setiap minggu, namun masih lagi gagal meraih undian daripada pengundi. 

Jika kesemua peserta bernasib baik kerana mempunyai gandingan, namun satu-satunya peserta solo, Nabil juga tidak boleh dipertikaikan kehebatan mereka. Ada saja idea dan perkara baru yang cuba dipentaskan pada persembahannya setiap minggu. 

Sebagai artis pelawak kedua yang pernah menggenggam trofi Artis Paling Popular 2009 di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Nabil mempunyai kekuatan yang luar biasa di saat-saat akhir. 

Maharaja Lawak adalah rentetan daripada program Raja Lawak yang mula disiarkan sejak 2007, peserta yang bertanding di dalam Maharaja Lawak terdiri daripada mereka yang bukan calang-calang pelawak kerana antara mereka pernah dinobat sebagai juara Raja Lawak mengikut musim. 

Disebabkan program ini menghimpunkan mereka yang terbaik, justeru Maharaja Lawak hanya boleh diterbitkan untuk lima tahun sekali. Namun segala-galanya bakal berubah apabila dikhabarkan kesinambungan program ini, Mahaguru bakal diterbitkan dalam masa terdekat. 
Daripada 12 peserta yang terpilih di peringkat awal, tiga kumpulan dan satu solo berjaya meneruskan cabaran di peringkat akhir yang akan berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 10 malam. Siaran langsung boleh disaksikan menerusi saluran Astro Warna (132).



Psssst...Tengok di televisyen lagi best..Sambil duduk di atas sofa yang empuk dengan suhu aircond daripada berhimpit-himpit dan panas bersesak-sesak dalam tue..Bukan clear sangat pun.. (^_^)V

Suka dengan artikel-artikel dari Awan Fantasia?Add Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

6 comments:

mahaza said... [Reply]

Perfect senario - Sepah #1 Jozan atau Jambu #2 Nabil #3. Semua dapat samarata RM100,000. Kah kah kah.

dwatyKNY said... [Reply]

sepah!!!!!!

Awan Network said... [Reply]

@mahaza
Tak sokong..Pemenang kena ada dua ja..yang Rm100,000 terakhir tue bagi Awan..ahahah ^_^V

Awan Network said... [Reply]

@dwaty
Kemaslah..Hehe..x3..lawak je..Sepah...sepah...sepah..

Anonymous said... [Reply]

sepah the best!

Awan Network said... [Reply]

@soooooour
yeah!!betul3..kumpulan pilihan Awan juara..hehe

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X