CARI DISINI

Loading...

Thursday, June 23, 2011

DUNIA ARTIS - Cinta Tiga Segi Aaron Aziz


Jika korang masih rindukan lakonan Aaron selepas jatuh cinta dengan watak Seth Tan dalam drama bersiri “Nora Elena”, jangan ketinggalan mengikuti lakonan terbaru Aaron dalam drama bersiri di TV3, “Stanza Cinta”..Drama ini bermula 19 Jun lepas jam 9.00malam.. Drama ini diadaptasi daripada novel nukilan Nurull Halawati ini mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Amni Sorfina (Nur Fathia), Irfan Kamal (Aaron Aziz) dan Taufiq (Fizz Fairuz).


APA KOMEN AARON AZIZ TENTANG DRAMA INI?
“Saya memegang watak sebagai Irfan dalam drama “Stanza Cinta”.. Drama ini sangat berlainan jika hendak dibandingkan dengan watak saya sebagai Seth Tan dalam “Nora Elena” kerana menerusi drama ini saya tidak seromantik Seth Tan..Walau bagaimanapun, terdapat banyak subplot yang menarik dalam drama “Stanza Cinta,”

SINOPSIS DRAMA "STANZA CINTA".

Kisah bermula apabila Amni Sorfina tiba untuk memulakan semester barunya di sebuah kolej. Teman biliknya, Auni (Chomel Fana) ialah seorang tomboy yang menyimpan perasaan cinta terhadapnya. Amni pula seorang wanita solehah yang lemah lembut tetapi tegas.

Mereka sering berhadapan masalah dengan warden asrama, Cik Ainon yang suka menggunakan perkhidmatan bomoh untuk mencapai tujuannya. Selain berhadapan dengan gangguan Cik Ainon, Amni juga mula menjauhkan diri daripada Auni supaya tidak terjebak dengan cinta songsang.

Amni merupakan seorang gadis yang alim. Dia hendak mencari lelaki yang boleh membawanya ke jalan yang benar. Pada masa yang sama, Irfan muncul untuk memikatnya namun tiba-tiba Taufiq, iaitu ciri-ciri lelaki yang diidamkannya selama ini pula datang. Jadi, berlakulah cinta tiga segi antara mereka..

Drama ini dikuatkan lagi dengan kewujudan watak Irfan, seorang lelaki daripada keluarga kaya yang tidak pernah gagal dalam memikat mana-mana hati perempuan. Irfan secara tidak sengaja telah jatuh cinta dengan keayuan Amni. Dengan bantuan sepupunya, Fadhil, Irfan berjaya mendapatkan nombor telefon Amni tetapi gagal memenangi hati wanita itu kerana sikapnya yang kurang matang dan cetek ilmu pengetahuan agama.

Demi memenangi hati Amni, Irfan cuba memahami kegemaran Amni lalu mengajak Amni untuk menonton Konsert Amal Tsunami yang ditaja oleh ayahnya, Datuk Kamal (Dato’ Jalaluddin Hassan). Konsert Amal Tsunami yang dikendalikan oleh Taufiq telah menarik perhatian Amni kerana usaha murni Taufiq yang mahu menolong mangsa-mangsa Tsunami.

Setelah berkenalan dengan Amni, corak kehidupan Irfan yang gemar berjoli dan kehilangan arah kini berubah. Irfan sering mengikuti kelas agama atas pengaruh Amni. Namun, Irfan masih gagal menawan hati Amni sepenuhnya kerana sifat Taufiq yang prihatin dan beriman lebih menepati ciri-ciri seorang suami yang dicari oleh Amni.

Bagi Amni, beliau memerlukan seorang lelaki soleh yang mampu membimbingnya dan bukan sebaliknya. Pada masa yang sama, Amni terpanggil dan merasakan tanggungjawabnya untuk terus membimbing Irfan ke jalan yang benar. Irfan tidak pernah berputus asa untuk membuktikan cintanya terhadap Amni dan bersedia mengorbankan apa saja demi kebahagiaan Amni.

Apakah impian Amni untuk mengecapi kebahagiaan bersama insan yang tercinta merupakan sesuatu yang mustahil baginya? Jangan lupa saksikan kesudahan kisah cinta tiga segi menerusi drama “Stanza Cinta” lakonan Nur Fathia, Aaron Aziz, Fizz Fairuz, Fadilah Mansor, Dato’ Jalaluddin Hassan, Chomel Fana, Amanda Misbun, Azhar Sulaiman dan Hilal Azman pada setiap hari Ahad, jam 9.00malam, hanya di TV3.


Pssssst,korang..Apa watak yang korang paling minat dalam Drama NORA ELENA??Awan minat Seth Tan..Dia macho, smart, bergaya dan yang paling penting, romantik maut.. (^_^)V

Suka dengan artikel-artikel dari Awan Fantasia?Add Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X