Saturday, April 23, 2011

Preview Filem : Seru..

Minat betul yea korang ngan citer-citer hantu nie..Haaaa..nie dia,Awan buat preview skit pasal kisah hantu..Kisah ini diberi nama, SERU..So,Awan menyeru kalian-kalian semua tengok trailer,sinopsis serta gambar disebalik tabir yang berjaya di capture di lokasi penggambaran..Harap-harap korang terhibur dan penuhkan kerusi-kerusi di panggung wayang nanti yea..Saksikan................................SERU...








KATEGORI : FILEM CEREKA
GENRE :   SERAM (U)
                                     TARIKH TAYANGAN : 28 APRIL 2011                                       


Sinopsis:

Mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran filem seram bertajuk "Jangan Bernafas". Semasa penggambaran berlangsung, secara tiba-tiba, pelbagai kejadian aneh dan peristiwa berlaku, diluar jangkaan mereka. Padanya mulanya, mereka menganggap ia hanyalah rasukan biasa dan kru di sebalik pembikanan filem tersebut, ingin menjadikannya sebagai "footages" menarik untuk tujuan promosi filem tersebut. Namun, seorang demi seorang menjadi sasaran rasukan dan juga pembunuhan, menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal.... tetapi kamera yang digunakan, masih terus merakamkan aksi yang terjadi .
Apakah seterusnya bakal terjadi kepada kumpulan tersebut, mampukah mereka mengelak daripada dirasuk dan diburu entiti yang tidak diketahui?. Nantikan kesudahan filem SERU, yang akan menemui penonton pada 28 April 2011. Antara barisan pelakon ialah Awal Ashaari, Pierre Andre, Nora Danish, Shaarnaz, Qhaud AF7, Dazrin, Sufian Mohamed, Nisha Dirr, Khatijah, Cut Mutia, Dewa Sapri dan ramai lagi.

Gambar Di Lokasi Penggambaran





------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

Anonymous said... [Reply]

ЎHola!

Encuentro que no sois derecho. Lo invito a discutir. Escriban en PM, hablaremos.
DingoDogg

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X