CARI DISINI

Loading...

Friday, August 26, 2011

Oh Payudara Dan Pramugari

Syarikat penerbangan Indonesia, Garuda Indonesia nafi tuduhan payudara calon pramugarinya diperiksa..Ia kononnya untuk mengesan sama ada terdapat implan atau tidak pada payudara pramugari tersebut..Jom ikuti selanjutnya..Dunia oh dunia..


Tetapi Setiausaha korporat syarikat Garuda Indonesia telah memberitahu bahawa pemeriksaan kesihatan rutin yang merupakan sebahagian daripada proses pengambilan petugas baru tidak melibatkan pemeriksaan payu dara..

Pramugari tersebut yang merupakan rakyat Korea Selatan itu mendakwa, ramai calon yang memohon 18 jawatan pramugari Garuda Indonesia, diminta untuk menanggalkan pakaian kecuali seluar dalam, bagi membolehkan doktor dimana beliau merupakan seorang doktor lelaki, mengesan sama ada terdapat sebarang implan ataupun tatu..Implan diharamkan untuk dipakai kerana di ruang angkasa memiliki tekanan udara yang sangat rendah dan ia bakal menyebabkan pemakai implan menghadapi masalah kesihatan..

Anak kapal dilarang mempunyai tatu, dan larangan ini juga terpakai kepada rakyat asing yang berkhidmat dengan Garuda..Setiausaha Syarikat Garuda Indonesia, Pujobroto berkata pemeriksaan fizikal dilakukan oleh satu pasukan perubatan Garuda dari Indonesia yang dibantu oleh petugas wanita dari Korea..Lima daripada 27 pemohon warga Korea gagal dalam ujian itu, katanya, tanpa menyatakan sebabnya.

Laporan mengenai ini telah menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi wanita yang menyifatkannya sebagai melanggar hak peribadi..Seorang jurucakap dari Korean Air pula mendakwa, beliau belum pernah mendengar mengenai pemeriksaan mengesan implan pada payu dara calon pramugari.

“Adakah ini bermakna penumpang wanita yang mempunyai implan payu dara juga tidak boleh terbang?” ..Hah!!Sudah!!


[Klik Sini]Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Sampai !!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

n.i.k said... [Reply]

boleh! terbang rendah para bumbung saje haha kesian

NURUL AINI NORAZMAN said... [Reply]

hik3,.kesian la ssapa yg pakai implan tuh,.

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X