Friday, August 26, 2011

Oh Aku Sudah Terlanjur Dengan....

Apakah hukuman sepatutnya yang bakal diterima apabila sudah terlanjur dengan bekas kekasih sedangkan sudah mempunyai suami?..Jom ikuti hukum-hakam dalam Islam apabila "Aku Sudah Terlanjur Dengan......" bekas kekasih..



TUJUAN Islam ialah untuk menjaga maruah manusia supaya tidak tercemar dengan dosa zina. Begitu Islam menghendaki setiap manusia supaya tidak menurut nafsu semata-mata.

Hawa nafsu hendaklah dikawal agar tidak menjatuhkan maruah dan kehormatan diri. Islam menetapkan hukuman keras di dunia, iaitu 100 kali sebatan bagi penzina belum berkahwin (ghayr muhsan) dan hukum rejam sehingga mati bagi penzina yang sudah berkahwin (muhsan). 

Memandangkan hukuman di dunia tidak terlaksana lagi, hukuman di akhirat tetap menunggu kepada penzina sama ada yang muhsan atau bukan muhsan. Tiada jalan lain selain bertaubat kepada Allah agar mengampunkan dosa yang dilakukan. Suami pula tidak upaya mengampunkan dosa dengan Allah itu.

Selain itu, anda hendaklah melakukan segala suruhan Allah terutama solat lima waktu kerana ia berupaya menyekat kemaksiatan dan perkara mungkar. Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi seorang Muslimah yang baik lagi solehah. Mudah-mudah keluarga dan anak terhindar daripada terlanjur melakukan perkara maksiat dan dosa besar.

[Klik Sini]Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Sampai !!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X