CARI DISINI

Loading...

Tuesday, September 13, 2011

Jangan Takut Bermimpi

Korang mesti ada impian korang masing-masing,kan?..Awan sendiri pun ada impian Awan yang tersendiri..Apapun yang kita nak jadi, yang terbaik adalah jadi diri kita yang sebenar dahulu dan percayakan kebolehan dan kemampuan diri..Usah biarkan orang lain mempengaruhi dan menghalang atau menyekat impian kita dengan mentaliti skeptikal dan ortodoks mereka..



Ya..Betul..Korang mampu jadi apa-apapun..Memang korang hanya merancang dan Allah yang menentukan..Tetapi korang perlu ada usaha dan selalu berdoa dan bertawakkal agar apa yang dicitakan korang menjadi realiti..Kejayaan korang terletak dalam tangan korang sendiri, bukan orang lain..

Jangan takut untuk memiliki impian..Pasanglah impian setinggi bintang dan jika impian tersebut tidak mampu di gapai, sekurang-kurangnya korang hanya mampu mencapai awan..Biarlah apa orang nak cakap, abaikan..Hartawan barat pernah berkata, " Vision is to fancy but we have to have a dream"..Pepatah Arab pula berbicara, "Man jadda wajada "..Maksudnya, siapa yang berusaha dia akan berjaya..Disusuli pula dengan pepatah Melayu, "Dimana ada usaha, disitu ada jalan "..

Usah dilayan dengan mentaliti terhimpit dan pengaruh sempit orang sekeliling yang terlalu skeptikal..Fikir sajalh yang kata-kata mereka tidak langsung bakal merugikan korang..Tak luak sesen pun duit korang dalam akaun bank dek kata-kata mereka..Tingkatkan motivasi , perhebatkan prestasi dan perkemaskan ilmu dalam diri..

Salam Kejayaan,
Muhammad Afiq Ikhwan Bin Mohd Nordin

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Emilly Amisa said... [Reply]

lucu plak tengok gambar ilustrasi tu :D tp memang btul la, jangan takut nak bmimpi.... I slalu je mimpi jd jutawan :P heee.... tiap hari pon, mn tau duit jatuh dr langit~~~ lain plak la klau mimpi time malam2... klau mimpi ngeri mmg x mau la~

Dylla Abas said... [Reply]

locksmith yg x tahan tu..hehehe :) anyway,ada impian tu bagus.tapi make sure yg impian tu x b'tukar jd angan-angan dah la..

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X