CARI DISINI

Loading...

Thursday, August 4, 2011

Drama-Drama TV3 Paling Best Sepanjang Ramadhan


Bagi akulah, TV3 adalah merupakan saluran TV no 1 yang paling aku minat dan aku rasa bagi satu Malaysia jugak..Pada bulan Ramadhan yang mulia ini, TV3 menyajikan kepada korang semua beberapa drama yang gempak menyentuh kalbu korang yang suci murni tu..Ini bersesuaianlah dengan tema untuk Ramadhan kali ini, "Sesuci Fitrah"..Jom tengok apakah drama-drama yang disebutkan beserta info dan sinopsisnya..Semoga korang terhibur..

DRAMA RAMADHAN@SLOT SAMARINDA : Ramadan Terakhir (15 episod)
Tarikh Tayangan : Setiap Selasa-Khamis, jam 10.30mlm, mulai  26 Julai.


Sinopsis

Hashim merupakan seorang usahawan berjaya yang hidup mewah bersama isterinya, Mazni serta anak-anaknya Daniel dan Anna. Kehidupannya dahulu yang hanya mengejar kemewahan dan nikmat dunia mula berubah setelah dia disahkan menghidap penyakit kanser tahap kritikal. Kesal dengan dosa dan perangai buruknya selama ini, Hashim mula menjalankan ibadah sebagai umat Islam dan merahsiakan penyakitnya daripada pengetahuan keluarganya.

Apabila beliau cuba menasihati ahli keluarganya supaya bertaubat dan mengikuti jejaknya untuk membuka pintu hati kepada Allah, tiada siapa mengendahkan nasihatnya. Hashim berusaha menjejaki Khadijah, isteri pertama yang telah ditinggalkannya. Malangnya Khadijah telah meninggal dunia dan anak-anaknya kini hidup dalam kemiskinan.

Kehadiran seorang gadis solehah, Sakinah sebagai pembantu rumah keluarga Hashim memberi harapan kepadanya supaya Sakinah dapat memberikan contoh yang baik dan membimbing Mazni dan anak-anaknya ke jalan yang benar. Identiti sebenar Sakinah akan memberi kejutan kepada Hashim dan ahli keluarganya.

Apakah Hashim mampu merealisasikan impiannya untuk melihat ahli keluarganya berubah sebelum ajalnya?

Sama-sama kita menonton drama lakonan Esma Daniel, Fazlina Dato Ahmad Daud, Tasha Shilla, Aeril Zafril dan Eyka Farhana pada setiap Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam mulai 26 Julai 2011.



CEREKARAMA RAMADHAN: Sehelai Rambut Dibelah Tujuh
Tarikh Tayangan : 6 Ogos 2011 (Sabtu) 10.00malam

Sinopsis

Mak Jah menderita penyakit kencing manis sehingga sebelah jari kakinya dipotong. Dia terpaksa bekerja di gerai makan demi menampung kehidupan lantaran Tajul, suaminya seorang kaki judi yang tidak bekerja. Mak Jah sering menjadi mangsa kemarahan Tajul. Achik yang merupakan cucu Mak Jah mula menegur  perbuatan Tajul.

Walaupun Achik berasa kecil hati namun dia tetap merahsiakan penyakit batuk keringnya daripada pengetahuan Mak Jah. Achik nekad mencari Zaiton, ibu kandungnya yang telah meninggalkan kampung sekian lama. Apakah Zaiton yang sudah berkahwin dengan suami kaya akan mengaku Achik sebagai anak kandungnya dan pulang berjumpa dengan Mak Jah yang sudah tenat?

Jangan ketinggalan menonton ‘ Sehelai Rambut Dibelah Tujuh’ lakonan Talha Harith, Idris Mat Diah, Norlia Ghani, Elly Suriati dan Nabila Huda, Sabtu ini, 6 Ogos 2011, jam 10.00malam tentunya di TV3.



CEREKARAMA RAMADHAN: Perempuan Di Hujung Ramadan
Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2011 (Sabtu) 10.00malam

Sinopsis 

Mengisahkan tentang kemelut yang membelenggu dua adik beradik, Munirah dan adiknya Sarimah yang sudah 5 tahun tidak bersua muka. Di bulan Ramadan, Munirah menerima panggilan dari sepupunya, Shikin yang memberitahu bahawa Sarimah sedang tenat kerana menghidapi barah. Namun, Munirah masih menderita dengan tragedi yang berlaku pada 6 tahun yang lepas ketika Sarimah datang ke Kuala Lumpur untuk menumpang tinggal di rumahnya sementara menunggu pekerjaan.

Sarimah telah membantu menjaga anak Munirah iaitu Adam. Adam dibela sebagai anak sendiri dan ditatang bagai minyak yang penuh. Siapa sangka, kepercayaan Munirah dikhianati kerana Sarimah menjalini hubungan sulit dengan suami Munirah, Zain. Munirah telah diceraikan dan turut kehilangan hak penjagaan Adam. Setelah sekian lama, apakah Munirah dapat memaafkan Sarimah?

Pelakon: Elly Mazlin, Zarina Zainordin, Riezman Khuzaimi, Wan Maimunah.


CEREKARAMA RAMADHAN:  Mengurai Rindu
Tarikh Tayangan : 20 Ogos 2011(Sabtu) 10.00malam

Sinopsis

Cerita ini mengisahkan tentang seorang nenek, Rokiah, lewat 70an yang tinggal bersendirian di sebuah rumah pusaka di tepi jalan raya utama Kuantan-Terengganu. Rokiah berniaga kuih bahulu di hadapan rumahnya. Dia dianggap nyanyuk oleh orang kampung terutama anak saudaranya sendiri, Hamdan.

Rokiah sering bertanya kepada orang kampung tentang kereta yang dipandu oleh menantu yang dinaiki oleh anak perempuan, beserta dua orang cucunya, sedangkan mereka semua telah meninggal dunia di dalam kemalangan jalan raya pada malam Raya Aidilfitri lima tahun yang lalu.

Hamdan merupakan seorang pemuda nakal yang suka merempit dan melepak. Dia sering menjadikan gerai Rokiah sebagai tempat melepak. Dapur Rokiah terbakar gara-gara Hamdan yang mahu memasak mee segera kerana ponteng puasa. Walaupun tidak dapat berniaga, Rokiah masih menaruh harapan dan berdoa agar dipertemukan dengan anak dan cucunya sebelum meninggal dunia.

Pelakon: Mak Ungku ,Syazwan Zulkifli, Ady Putra,  Raja  Farah, Khatijah Tan

P/s : Drama Ramadhan Terakhir memang seronok..Masa siarannya lebih sesuai jika nak dibandingkan dengan  drama-drama lain..Kalau solat Tarawih 8 rakaat saja sempatlah tengok..Rasanya lebih baik jika tempoh siarannya pada jam 10.30 malam..Pihak TV3 harus sedikit cakna kepada penonton yang beragama Islam..

MENARIK!!Jom Tengok:
GEMPAK!!Cara Mendapat RM10,000 Dengan Mereka..
HEBAT!!Cara Membuat Panggilan Percuma..
MENARIK!!Cara Mudah Dapatkan Hadiah Dari SAMSUNG..

LIKE Fanpage Blog Awan Fantasia
ADD Awan Fantasia Sebagai Sahabat Korang

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

pinky_liscious said... [Reply]

wah..berguna nie.. hehehe

Awan Fantasia said... [Reply]

@pinky_liscious
yeah!!hehe..betul3..memang berguna kepada sesapa yang nak tau tentang drama ini berkaitan dengan apa..huhu

man said... [Reply]

semoga menjadi panduan kepada kita

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X