Wednesday, July 6, 2011

Komen Najib Tentang Berita Terkini Mengenai BERSIH 2.0


PM Kata OK !!Nampaknyer BERSIH 2.0 tidak akan berganjak ke mana-mana kerana lampu hijau telah diberikan dan akan tetap dijalankan 9 Julai nanti walaupun terdapat perubahan sedikit dari segi lokasi iaitu dari di jalan ke dalam stadium tertutup..Mungkin inilah (BERSIH 2.0 diluluskan) yang ditakuti oleh pihak Kerajaan setelah mendengar khabar bahawa pihak penganjur akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong tempoh hari..Jom tengok selanjutnya..


KUALA LUMPUR – Kerajaan pada dasarnya bersetuju untuk membenarkan jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) untuk mengadakan perhimpunan secara tertutup di stadium demi kebaikan semua pihak agar tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
“Pergi secara aman, berhimpun secara aman dan bersurai secara aman,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Namun, jelas Najib, jawatankuasa itu haruslah berunding dahulu dengan kerajaan untuk berhimpuan di sebuah stadium dan pada dasarnya, kerajaan bersedia untuk bertemu dengan kumpulan itu.Kesediaan kerajaan untuk bertemu ini adalah untuk menjamin bahawa pihak penganjur perhimpunan mestilah mematuhi beberapa syarat sebelum persetujuan diberikan, katanya.
“Saya difahamkan BERSIH mahu berunding dengan kerajaan untuk berhimpun di sebuah stadium, kita bersedia berjumpa dengan mereka,” ujar Najib.
Terdahulu, Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga berkata, pihaknya tetap akan mengadakan perhimpunan pada hari Sabtu ini, cuma ‘bertukar’ lokasi dari jalan raya ke stadium.Walau bagaimanapun, pihak penganjur perhimpunan itu belum menentukan lokasi stadium berkenaan dan keputusan itu dicapai selepas mengadakan pertemuan dengan  Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Jawatankuasa Bersih 2.0 yang terdiri daripada Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Presiden Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin mengadap Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, sebentar tadi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik sebagai berkata, kerajaan tidak kisah jika Bersih 2.0 mahu mengadakan perhimpunan tetapi hendaklah dibuat di kawasan tertutup termasuk stadium bagi menjamin keselamatan umum.
LOKASI AKAN DIMAKLUMKAN DI BLOG INI DALAM MASA YANG TERDEKAT..TERIMA KASIH
AWAN FANTASIA : KERAJAAN TIDAK KISAH?AIK?KEDENGARAN AGAK SUMBANG DI SITU YEA..
Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X