CARI DISINI

Loading...

Wednesday, July 6, 2011

Berita Terkini Mengenai Perhimpunan Bersih


Berdemonstari Di Dalam Stadium Sahaja - Itulah keputusan dan kebenaran terbaru yang sudah diputuskan oleh pihak berwajib setelah rundingan di buat.. Awan rasakan ini adalah satu keputusan yang sama berat sama ada kepada pihak Kerajaan mahupun pembangkang..Awan tidak pakar dalam bidang politik dan apa kata kita baca selanjutnya..

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di sini semalam bersetuju membatalkan demonstrasi jalanan yang dijadual pada 9 Julai ini.
Mereka sebaliknya bersetuju supaya perhimpunan tersebut diadakan pada tarikh yang sama di sebuah stadium yang akan ditentukan tidak lama lagi sebagaimana ditawarkan oleh kerajaan sebelum ini.Jawatankuasa itu yang terdiri daripada Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga, Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Zaid Kamaruddin menghadap Tuanku Mizan petang semalam.
"Kami telah memberitahu Tuanku bahawa kami menerima cadangan kerajaan untuk mengadakan perhimpunan di stadium.Sehubungan itu, perhimpunan di atas jalan raya tidak akan berlangsung pada Sabtu ini," kata Ambiga kepada pemberita selepas menghadap Tuanku Mizan lebih sejam setengah.
Menurut Ambiga lagi, pihaknya berjanji memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa untuk mengadakan perhimpunan secara aman di dalam stadium.
"Kami berpendapat ini jalan terbaik untuk meneruskan perhimpunan. Kerajaan menawarkan stadium, maka kami akan meneruskan perhimpunan di stadium,'' -Ambiga
Ketiga-tiga pemimpin Bersih 2.0 itu dibenarkan menghadap Yang di-Pertuan Agong pukul 1.55 petang.
Ahad lalu, Tuanku Mizan bertitah, dalam keghairahan berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara, rakyat diminta tidak menjadikan tuntutan demokrasi itu membawa kemusnahan kepada negara.Seri Paduka tidak mahu melihat negara majmuk ini berada dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.


MAKLUMAT TERKINI AKAN DIKEMAS KINI DI BLOG INI DARI MASA KE MASA LEBIH PANTAS SELANGKAH DARI AKHBAR DAN TV
Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Gee said... [Reply]

semoga tiada sebarang malapetaka yg berlaku...woot2..gee singgah cnie keyh...(^_^)

Mary ANM said... [Reply]

innallahama'ana...b'debar2 tunggu 9julai,,,1st time participate in dis,,,marilah sama2 doa bnyk2 it will went on smoothly,,,insyaAllah...

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X