CARI DISINI

Loading...

Friday, June 24, 2011

DUNIA ARTIS - Zahiril Adzim Bogel?


Laju je yea korang pabila terbaca tajuk itu..Amboi3..Tambah-tambah yang die hard dia tuh..Haha..Kenal tak bro nie?..Alaaa,Kan sekarang tengah hot dalam drama JUVANA..Jom tengok..Zahiril Adzim memang bogel....



Pelakon drama bersiri popular, Juvana iaitu Zahiril Adzim terjun ke dunia penulisan yang bukan sesuatu yang baru baginya setelah mengecap populariti di medium teater, televisyen dan filem. Terbaru, pelakon yang dikenali di pentas teater menerusi teater AirCon itu melancarkan buku terbarunya yang bertajuk “Bogel Menuju Tuhan”.

Diterbitkan oleh Merpati Jingga, buku tersebut menghimpunkan tulisan dan puisi nukilan Zahiril yang disiarkan di laman blognya di http://zahiriladzim.blogspot.com.



“Bogel Menuju Tuhan adalah salah satu tajuk catatan yang saya tulis diblog satu masa dahulu. Ia merupakan satu keadaan yang saya gambarkan dalam setiap perjalanan kehidupan manusia yang percaya akan dugaan Tuhan, tidak ada manusia yang terlepas dari dugaanNya maka, tidak adalah manusia yang tidak akan menempuh satu tempoh kesakitan, penuh perit dan pedih dalam hidupnya. Saya simpulkan, buku ini adalah antalogi catatan dan puisi, sewaktu saya dalam hari-hari tidak berwarna, sebelum Jingga ” 

Dalam buku tersebut, pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku iaitu Ana Raffali turut menyatakan pandangannya tentang tulisan Zahiril secara amnya.
“Tulisan ini adalah senjata Zahiril Adzim, bertukar rupa ikut mahunya dan punya nyawanya sendiri. Diasah tajam menghiris helaian pura-pura, dipujuk lembut membelai rasa saying. Ibarat mengintai isi hati satu insan yang suka bertanya, seolah-olah tahu jawapannya ada pada mata yang membaca.” 



Selain berlakon, Zahiril Adzim yang berusia 27 tahun  juga banyak menulis puisi, skrip dan bermain alat muzik. Beliau juga pernah mengarah teater.

Sejak selesai pengajian dalam seni lakon, beliau sudah berlakon berpuluh-puluh siri tv dan telemovie. Pencapaiannya di dalam bidang lakonan ialah apabila dipilih sebagai penerima anugerah Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia ke 22 melalui filem KAMI. Filem KARAOKE lakonan beliau pula pernah dihantar ke Festival Filem Cannes, Perancis, untuk dicalonkan Camera d'Or (Golden Camera). Beliau juga pernah dicalonkan untuk Anugerah Bakat Muda Selangor 2010.

Zahiril Adzim juga pernah tercalon sebagai 'Most Promising Artist' - Boh Cameronian Awards, KLUE Blue Chili Awards dan juga Best On Screen Chemistry - 8TV Shout Awards bagi filem KAMI The Movie.

Selain itu, beliau luangkan masa lapangnya dengan menulis rencana yang suatu waktu dahulu pernah diterbitkan di dalam thenuttgraph.

Turut dilancarkan adalah buku tulisan pelakon, artis, pengarah teater dan penulis terkenal, Ayam Fared yang berjudul Pada Sebuah Ketentuan yang juga merakamkan puisi-puisi nukilan calon Most Promising Artist di BOH Cameronian Arts Award 2008 dan Anugerah Bakat Muda Selangor 2010 melalui kategori penulisan.

Di majlis tersebut, tunang Zahiril iaitu Shera Aiyob yang juga merupakan  pengacara Wanita Hari Ini, pengarah dan pelakon terkenal Sharifah Amani, Riz Ainuddin dan Amerul Affendi turut mendeklamasikan beberapa buah puisi yang terkandung dalam buku tersebut.

Bogel Menuju Tuhan dan Pada Sebuah Ketentuan boleh dibeli secara online di http://tokobuku.fotopages.com pada harga RM30 senaskhah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Green Apple said... [Reply]

juvana... bestnya...

PaKMie said... [Reply]

Salam all..

Ya ke...best gitu...

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X