CARI DISINI

Loading...

Thursday, June 9, 2011

Awan Fantasia Dan 3 Cerita

Cun tak gambar Awan Yang Nie?Hehe

Assalamualaikum semua..Hye all!!!

Awan masih hiduplah..Korang jangan risau, yang blog ini tak akan bersawang punya..Haha..Awan ada je tak pergi mana-mana pun..Kebelakangan ini Awan selalu lepak dekat FACEBOOK AWAN FANTASIA ..Lepaskan tekanan dan perasaan yang mencengkam jiwa..Wah!!Powernya ayat..Haha..But its reality you know..Serius Awan cakap, Awan rindu sangat-sangat zaman kecik-kecik dulu..Tak banyak sangat masalah macamana sekarang..Jarang diuji Allah..Boleh dikatakan happy all the time..Tak serabut sangat..Ingat nak main je..By the way,hari ini Awan nak berceloteh tentang beberapa topik..

ZAMAN SEKOLAH :


Haaaaa....Apa kata-kata cikgu korang yang masih korang ingat lagi tentang alam persekolahan korang?Awan masih ingat apa yang cikgu Awan cakap.."Zaman sekolah macam kamu sekarang inilah detik terindah dalam hidup kamu..Jadi hargailah..Memang kamu takkan rasa sekarang tapi suatu hari nanti kamu akan rasakannya"..Betul kata beliau..Korang pun mesti setuju,kan?Ya..Walaupun ujian terhebat yang Awan lalui ialah masa Form 5..Asyik nak accident ja..Tahun tue kalau boleh tiap-tiap bulan nak accident(menambah2 skrip..Haha)..Accident paling hebat masa Form 5 yang Awan kena kalau tak silap pada awal tahun 2009..Terlantar atas tilam dua minggu..Hahaha..Tak seronok langsung sebab makan apa pun tak sedap..Kui3..Awan rasa,lebih baik hidup Awan tamat masa Form 5 lagi bagus..Dari terus hidup..Hidup Awan sekarang dah sunyi dan dah tak bermakna lagi..Lepas je zaman ini, ujian datang bertubi-tubi..Tak tertanggung rasanya..Allahu Akbar..

MANIFESTO SEMESTER 3: 


Semester satu dan dua sudah berlalu..Dua-dua semester itu berjalan dengan Love Problem yang tidak berkesudahan..Yelar, dah sayangkan orang tue kan so macam-macamlah jadinya..Entahlah, memang kusut sangat-sangat..Dulu punya la rapat dan mesra dengan dia, tapi sekarang semuanya dah terbalik..Tak pernah terfikir yang semua ini akan berlaku..Apa-apa pun Awan tetap sayang dia dan memang tak boleh benci dia langsung..


Aish!!Tajuk lain tapi cakap pasal lain..Huhu..Apa perubahan yang Awan nak buat untuk semester 3?



  • Lebih rajin dalam pelajaran..Maksudnya fokus..Jangan la cakap Awan nie pemalas pulak...Sedih tau..
  • Nak jadi Mahasiswa Berfikiran Kelas Pertama..
  • Nak cuba aktif dalam mana-mana persatuan..Nak cuba mana tau dapat jadi orang kuat dalam persatuan tersebut..Haha..Cuba cari pengaruh..Penting tue..Demi kebaikkan bersama..
  • Compete pointer kawan-kawan Awan yang sememangnya tinggi daripada Awan.."Siap korang!!Aku memang tak puas hati giler2 dengan korang..Fight!!Fight!!Fight!!"..
  • Baru-baru ini terbaca pointer Yuyu Zulaikha 3.5 ++ kalau tak silap.."Yuyu!!Awak pun sama dengan dorang..Siap Awak!!!"..Hahaha.. 
C.I.N.T.A :

Entahlah..Speechless to describe..Orang kata cinta yang dicari pasti akan pergi tapi kenapa cinta yang datang sendiri pun tetap pergi?..Maybe belum masanya Awan bercakap dan terlibat dalam alam ini walaupun umur sudah 19 tahun..Terus terang Awan cakap,sejak peristiwa itu hidup Awan sudah tak sebahagia dan segembira dulu..Orang kata,bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor..Tapi masalahnya Awan cuma sayangkan dia seorang..Apa2pun,masih ada ruang untuk dia dalam hidup Awan walau sebagai sesiapapun..Awan sayang dia selamanya sebagai sesiapapun..By the way,kebelakangan ini ramai sangat yang mintak nak jadi adik Awan..Awan pun tak tau kenapa..Kalau korang ada sebab,Awan ok je tapi ada yang baru kenal tak sampai sejam,dah mintak Awan jadi abang dia..Awan dah dalam dilema tak abis lagi ini..Itu takpe lagi, ada yang muncul-muncul tiba-tiba ajak couple .. Automatik Awan jadi blurr ..Ramai jugak yang berterus terang yang dorang suka dan sayang dekat Awan sejak-sejak Awan cakap Awan suka orang yang jujur..Yang anehnya dorang kenal Awan baru je..Macaman dorang boleh suka?Misteri............Cuma nak bagitau,Awan nie dah la takdak apa-apa,rupa jauh lagi la..Pandai memang tak la..Dekat mana la yang dorang suka..Lagipun Awan bukannya seorang lelaki yang baik..Buktinya, kenapa GF buat Awan macamnie kalau Awan baik..Kesimpulannya, pintu sudah tutup untuk menerima cinta... :'(

By the way,korang doa-doakan supaya Awan cepat sembuh dan sihat-sihat selalu yea..Tiap-tiap hari asyik sakit je..Bila tido plak asyik mimpi dia je..Bila dah bangun pun asyik ingat dia..Sebab tue la asyik sakit ja..Memanglah kalau boleh dah tak mau fikir dah tapi macamlah korang tak biasa berada dalam situasi tak mau fikir tapi "dia" datang tanpa diundang..

p/s : Awan sekarang nak try jadi a jovial guyz seperti mana kawan Awan dari Nigeria kata..Terima kasih jugak dekat dia kerana sudi dan selalu nasihat Awan tentang pelajaran dan cinta..Awan dekat dengan dia takpa kerana sekarang dia dalam masalah kewangan..Bukan dilimpahi wang..Kalau dia banyak duit tobat Awan tak kawan dengan dia..Macam la korang tak tau yang bro-bro jenis nie famous dengan kes apa?Hahahah...Tak elok betul buruk sangka dengan orang lain..KORANG SUKA TAK PIC KAT ATAS?? ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X