CARI DISINI

Loading...

Tuesday, April 19, 2011

Preview Filem : Kongsi ..

Haaaa...mesti korang ternanti-nantikan preview filem ini..huhu..Filem ini diberi nama "Kongsi"..Filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam,Fizo Omar,Yana Samsudin,Azad, Bront Palarae,dan Puteri Mardiana..Buat pengetahuan korang,filem KONGSI ini diarahkan oleh Farid Kamil..Hebat ko der..salute!!hehe..Penerbit?Lu mau tanya lagi ka?David Teo la der..apa buat2 muka?LU LANGSI LU MATI..hehehe..Awan bukan gengster..tue tagline dia..Jom Zasssss........ :-)


Kategori : Filem Cereka
Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 12 MEI 2011





Sinopsis:

TUMULAK, seorang pembunuh upahan berasal dari Thailand telah diupah oleh Ketua Gangster Thailand iaitu KIMPEDU. KIMPEDU yang tamakkan kuasa dan wang, merancang untuk membunuh setiap ketua kongsi gelap di Malaysia bagi menimbulkan kekacauan diantara kumpulan kongsi gelap Melayu, Cina dan India. Ini akan memudahkan kumpulannya menyusup masuk dan menguasai kawasan pemerintahan dan perniagaan ahli kongsi gelap di Malaysia.Segala kekecohan ini berlaku bermula di Pulau Pinang. ASP SHARIF yang bertugas di bahagian D7 kongsi gelap, judi dan maksiat bertanggungjawab di dalam kes – kes yang melibatkan ahli kongsi gelap. Setelah banyak kes pembunuhan berlaku dan berita tersebut tersebar luas. Wajah fotofit TUMULAk terpampang di poster dan televisyen sebagai orang yang paling dikehendaki di Malaysia. KIMPEDU lantas mengarahkan MAIA iaitu pembunuh upahannya yang kedua untuk memburu dan membunuh TUMULAK agar rahsia perancangannya tidak terbongkar kepada pengetahuan kumpulan kongsi gelap Malaysia dan pihak Polis.TUMULAK diburu oleh Polis, kumpulan kongsi gelap dan seorang pembunuh upahan. Pelbagai strategi dirancang bagi meloloskan dirinya dari pihak – pihak tersebut. TUMULAK mengugut ASP SHARIF agar tidak mengganggunya. MAIA, pembunuh upahan kedua berjaya ditangkap oleh TUMULAK. TUMULAK berjaya melepasi sekatan Polis dan keluar dari Pulau Pinang menuju ke sempadan Thailand tetapi akhirnya beliau tumpas ditangan Skuad UTK Polis.

Farid Kamil Di Lokasi Pengambaran.....


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Anonymous said... [Reply]

Finally, an issue that I am passionate about. I have looked for information of this caliber for the last several hours. Your site is greatly appreciated.

mazeermohamad said... [Reply]

hahaha! lawak gak la.. tapi, kureng sikit kan?? erm.. :'P

Check Out My New Entry About Freemason! Star of David!

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X