Tuesday, April 26, 2011

DNA Male Y Sah Milik Anwar

Berita terbaru dalam arena politik negara kita!!Maybe betul,maybe salah..Apa-apapun,kita tengok,baca,dengar dan fahami betul-betul dulu..baru kita buat keputusan dan andaian..Apalah nak jadi dengan dunia politik kita sekarang?Dulu Awan ada jugak sokong salah satu parti tue..Tapi sekarang semua Awan tak sokong..Sedang mencari parti yang betul-betul betul..Hehe..Ini adalah sambungan dari isu seks yang melibatkan Saiful Bukhari..Kita jangan percaya sangat dengan media yang pro mana-mana parti nie..kita baca Sinar je..InsyaAllah depa tak sebelah mana-mana pihak..Jom tengok selanjutnya...



         Pihak pendakwaan berhujah di Mahkamah Tinggi di sini semalam bahawa profil DNA Male Y yang ditemui pada dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Peguam Cara Negara 11, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, DNA Male Y itu disahkan sepadan dengan DNA yang diambil daripada tiga sampel milik Anwar selepas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ditahan semalaman dalam lokap Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada 16 Julai 2008. Pakar kimia Makmal Forensik DNA Jabatan Kimia, Nor Aidora Saedon sebelum ini mengesahkan tiga barang tersebut iaitu sebatang berus gigi, sehelai tuala Good Morning dan sebotol air mineral kosong sepadan dengan DNA Male Y pada dubur Mohd. Saiful.

        Dr. Seah Lay Hong dari Jabatan Kimia dalam keterangan sebelum itu telah menamakan satu DNA lelaki asing sebagai DNA Male Y yang ditemui bersama-sama DNA Mohd. Saiful pada dubur dan dua helai seluar dalam milik pengadu berkenaan. Kata Mohd. Yusof, Anwar adalah tahanan tunggal yang ditahan di lokap pada 16 Julai 2008 sehingga 17 Julai 2008. Dipercayai, sampel-sampel yang diperoleh bagi tujuan analisis DNA tidak tercemar dan bukti DNA Male Y juga tidak dibantah oleh pihak pembelaan semasa perbicaraan..
 source


 

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

3 comments:

SyedGraphix Dot Com said... [Reply]

macam2 kan skarang? adoiii..

http://www.syedgraphix.com/2011/04/weh-muka-ko-macam-orang-tua-haha.html

Awan Network said... [Reply]

@SyedGraphiX
tue la..skrg awan dah susah nak percaya politician..yg berkopiah ataupun ber tiada apa2...hehe..

Anonymous said... [Reply]

what is better, yahoo or google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X