USIANYA baru mencecah 17 tahun pada 1 Mac lalu namun ‘gelombang tsunami’ yang dicetuskan Justin Drew Bieber atau Justin Bieber sebagai nama pentasnya, cukup luar biasa.
Kehadiran lebih 20,000 penonton yang membanjiri Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia di Stadium Merdeka yang berlangsung, malam kelmarin membuktikan Bieber bukan sekadar masyhur di Amerika Syarikat mahupun Kanada, tetapi kini seantero dunia.
Semua tiket konsert jelajahnya di seluruh Asia laris terjual dan bahkan Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia, yang berlangsung Khamis lalu berjaya mengenepikan jumlah penonton konsert Mariah Carey dan Celine Dion yang juga pernah menjadikan Stadium Merdeka sebagai pentas mereka.
Bayangkan tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 yang disedia penganjur, Tune Talk Mobile Prepaid semuanya ‘sold out’.
Bukan itu saja, peminat sudah mula berkumpul di stadium bersejarah itu seawal jam 3 petang lagi manakala lewat petang susur jalan ke lokasi berkenaan mula mengalami kesesakan lalu lintas. Menambahkan lagi kesesakan, hujan mencurah di ibu negara pada sebelah petang.
Semua tiket konsert jelajahnya di seluruh Asia laris terjual dan bahkan Konsert Justin Bieber My World Tour In Malaysia, yang berlangsung Khamis lalu berjaya mengenepikan jumlah penonton konsert Mariah Carey dan Celine Dion yang juga pernah menjadikan Stadium Merdeka sebagai pentas mereka.
Bayangkan tiket konsert yang berharga RM98, RM188, RM288, RM358, RM498 dan RM888 yang disedia penganjur, Tune Talk Mobile Prepaid semuanya ‘sold out’.
Bukan itu saja, peminat sudah mula berkumpul di stadium bersejarah itu seawal jam 3 petang lagi manakala lewat petang susur jalan ke lokasi berkenaan mula mengalami kesesakan lalu lintas. Menambahkan lagi kesesakan, hujan mencurah di ibu negara pada sebelah petang.
Mereka yang datang bukan sekadar membawa banting, mengenakan kemeja-T wajah Bieber, tetapi turut melukis wajah serta pelbagai lagi aksi menarik dapat dilihat, seolah-olah berada di dunia fantasi ciptaan Bieber.
Terus kepada pengisian konsert, Bieber muncul di pentas jam 9 malam dengan mendendangkan lagu pertama Love Me dengan tarian mempesonakan, seterusnya diikuti lagu Bigger sambil diiringi jeritan peminat yang kebanyakannya remaja serta kanak-kanak yang ditemani ibu-bapa masing-masing.
“Selamat datang ke dunia saya. Rasa amat bertuah bertemu kalian di sini. Bangga mendapat sokongan dari peminat Malaysia dan anda adalah peminat terbaik di dunia dan saya akan melakukan apa saja untuk anda selain memastikan setiap daripada kamu tersenyum.
“Perkara paling menggembirakan saya apabila melihat kamu tersenyum saya juga pasti tersenyum,” kata Bieber seterusnya menyanyikan lagu ketiga Smile.
Selesai menyanyikan lagu itu, Bieber penyanyi yang dianugerahkan pelbagai kebolehan iaitu boleh bermain pelbagai peralatan muzik mendendangkan lagu Runaway Love dan One Less Lonely Girl secara akustik. Membuatkan Bieber tampak seksi di pentas apabila bermain gitar secara kidal (tangan kiri).
Suasana disko kembali menguasai pentas yang seketika romantis apabila Bieber mengalunkan lagu Somebody To Love, Never Say Never, One Time dan That Should Be Me.
Sebagaimana pernah dinyatakan sebelum ini yang dia amat memuja superstar Micheal Jackson, Bieber turut mempersembahkan tarian ‘Moonwalk’ serta menyanyikan lagu Walk This Way.
Membuatkan konsert ini bertambah manis dan bererti, apabila klip video semasa Bieber kecil dan sangat comel turut dipertontonkan. Ketika menyaksikannya, terjawablah kenapa dia kini seorang penyanyi dan pemuzik, malah superstar.
Sedari usia kecil lagi, dia sudah mula berkawan dengan gitar, dram, piano dan trumpet. Kelebihan itu dilengkapkan lagi dengan kebolehannya bernyanyi.
Sebaik klip video itu dipadamkan, Bieber mempamerkan kehebatannya menari serta bermain dram sehingga memukau puluhan ribu penonton.
Mengenakan dua persalinan hitam dan putih, penggemar warna ungu ini turut menyampaikan lagu Eenie Meenie dan Pray. Bieber kemudian hilang dari pentas sebaik mendendangkan lagu Pray seolah menandakan konsert sudah berakhir.
Namun, jeritan peminat berjaya mengembalikannya ke pentas untuk menyanyikan lagu terakhir, Baby yang memperkenal dan menjadikannya bintang tersohor.
Bagaimanapun, sebelum menyanyikan lagu itu Bieber sempat menduga hati penonton dengan menyampaikan beberapa lagu yang mempunyai kaitan dengan perkataan ‘Baby’ antaranya dari lagu hit Justin Timberlake dan Usher.
Gurauan ini nyata berjaya mengundang tawa penonton. Secara keseluruhan, persembahan Bieber sangat menarik dengan paduan muzik yang bertenaga walaupun vokalnya tidaklah terlalu ‘superb’. Kadangkala konsert itu kedengaran seperti konsert ‘miming’ atau menyanyi secara pertindihan (on top).
Terdahulu, penyanyi Malaysia, Mizz Nina turut diberi penghargaan menampilkan persembahan pembuka tirai konsert berkenaan. Dua lagu disampaikan salah satunya adalah hit, What You Waiting For.
Bieber yang turut menggunakan platform berkenaan untuk mempromosikan filem sulung Never Say Never seminggu sebelum konsert jelajah itu diadakan di negara ini, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuala Lumpur bersama kekasihnya, aktres Selena Gomez kira-kira jam 2.30 petang.
Sedikit info menarik, menurut penganjur tiket terjual sebanyak 17,000 bagaimanapun penulis menjangkakan jumlah penonton yang hadir pada malam itu lebih daripada angka berkenaan kerana Stadium Merdeka yang mampu memuatkan kapasiti lebih 40,000 penonton itu penuh.
source
0 comments:
Post a Comment