CARI DISINI

Loading...

Thursday, February 10, 2011

RM 1 Juta Untuk Pengetua AF9???Tak Mungkin!!!


KUALA LUMPUR 10 FEB 2011: Isu siapakah yang bakal memegang jawatan pengetua bagi program realiti popular Akademi Fantasia musim Ke- 9 (AF9) semakin terus mendapat perhatian serta semakin hebat diperkatakan.

Pelbagai nama telah disebut dan terbaru ketua kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani dikatakan bakal menjadi penyandangnya. Malah, difahamkan pihak penerbitan sanggup membayar sejumlah besar bayaran iaitu sebanyak RM 1 juta untuk mendapatkan khidmat dan tenaganya sebagai seorang pengetua.

Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi bagaimanapun menafikan perkara tersebut serta menjelaskan bayaran yang bakal diberikan kepada pengetua AF9 nanti berpatutan dengan tugas yang akan dijalankan sepanjang tempoh tiga bulan perkhidmatan mereka.

"Bayaran kepada pengetua akan dinilaikan berdasarkan kriteria yang ada pada mereka. Kita lihat skop kerja mereka dan sepanjang tiga bulan, apa tanggungjawab yang mereka lakukan.

"Seperti yang kita tahu dalam tempoh tiga bulan mereka akan mengasah bakat pelajar, ajar menyanyi, berlakon dan pelbagai lagi. Kita kena tengok pasaran sekarang, kena tengok bayaran dirinya dan kita tengok bayaran tersebut bersesuaian dengan tugas sebagai seorang pengetua atau tidak," katanya ketika mengulas gosip bayaran RM 1 juta untuk mendapat perkhidmatan pengetua AF9.

Ditanya mengenai kesahihan jawatan tersebut yang kononnya bakal disandang oleh Dhani serta polimek yang bakal berlaku, Azlin menjelaskan segala pandangan dan pendapat ramai akan dan masih dipertimbangankan.

"Kita sentiasa mendengar pandangan dan pendapat yang diberikan. Siapa sahaja yang terpilih kelak akan dipilih mengikut kriteria yang telah ditetapkan," jelasnya yang turut memaklumkan bahawa sidang media pengumumam pengacara dan pengetua AF9 akan diadakan pada bulan depan.

Dalam pada itu, Azlin turut ditanya tentang khabar angin yang mengatakan bahawa pihak penerbitan AF9 mengunjungi Jakarta untuk berjumpa dengan Dhani baru-baru ini bagi membatalkan tawaran yang telah diberikan kepadanya sebagai pengetua, akibat perdebatan masyarakat yang enggan menerima bekas suami penyanyi Maia tersebut sebagai pengetua AF9, Azlin enggan memberikan sebarang komen.

Namun apa yang pasti, jelas Azlin, AF kali ini akan lebih meriah dan menarik memandangkan musim baru ini merupakan edisi yang terakhir.


credit to : murai


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

DiNaZ said... [Reply]

mcm mana nak hanta msg kat shout mix awk tu dah la x leh tekan kat nama nak set nama??

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X