CARI DISINI

Loading...

Thursday, February 10, 2011

Review : Kumpulan Nasyid FINE

FINE adalah sebuah kumpulan nasyid indie yg bergerak di bawah label syarikat sendiri iaitu Fine Music Entertainment ( F.M.E ). FINE sudah 4 tahun mula menjinakkan diri dalam industri seni hiburan nasyid tanah air sejak tahun 2007 lagi..Pada awal tahun 2010 ini, FINE sibuk menjalani rakaman untuk album pengenalan mereka bagi memperkenalkan FINE secara serius dalam industri seni tanah air Malaysia ini..Album pengenalan FINE ini diberi nama FINE-MOTIVATION FOR ALL yang membawa konsep motivasi sesuai untuk semua jenis lapisan masyarakat...FINE membawa konsep pop nasyid dan muzik2 nya selaras dengan peredaran dunia masa kini..Di dalam album FINE-MOTIVATION FOR ALL ini membawa penampilan istimewa dua orang artis nasyid terkemuka iaitu sudara Abd Halim Ahmad dari kumpulan nasyid popular Malaysia, DEVOTEES dan saudara Zulhilmi Safain iaitu bekas kump nasyid acapella Muslim Voice ( Akademi Nasyid TV9 )... Single pertama mereka, Kau Teman - FINE featuring Halim ( DEVOTEES ) akan turut dimuatkan dalam album ini. Album ini mengandungi 5buah lagu iaitu Di Sini, Kau Teman- featuring Halim ( DEVOTEES ), Melakar Cita, Ku Harap CintaMu, Sayang Ibu - FINE featuring ZULHILMI THE MESSAGES dan 1bonus track instrumental lagu Kau Teman. Album FINE-MOTIVATION FOR ALL ini akan berada di pasaran pada tahun 2011 ini..Selain itu, FINE adalah salah satu daripada 12 group nasyid underground yg terlibat dalam Album Nasyeed Indie. Vol. 2 Semesta Bertahmid yg sepenuhnya diterbitkan di bawah Neurotic Studio dan selaku penerbitnya ,saudara Abd Halim Ahmad. FINE mempertaruhkan lagu " Baru Kenal Cinta " hasil ciptaan sepenuhnya saudara Abd Halim Ahmad...Nantikan dua album ini yang akan keluar tidak lama lagi..





AHLI KUMPULAN FINE



KAU TEMAN- FINE FEATURING HALIM DEVOTEES



TEASER NASYEED INDIE VOL. 2 - NASYEED SEMESTA BERTASMID..


LAGU BARU KENAL CINTA (SHOW)



AWAN FANTASIA mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aneep FINE diatas kerjasamanya untuk info-info mengenai Kumpulan Nasyid FINE.. ;-)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X