Wednesday, August 3, 2011

Ujian Sehari Sebelum Ramadhan


Assalamualaikum semua..Hai!..

Agak-agak kali ini Awan nak bercerita mengenai apa?Exam?Oh tidak...........Hehe..Ujian di atas ialah dugaan dan cubaan..Kalau korang kena satu dua dugaan dalam sehari mesti stress tahap maut,kan?..Samalah saya pun..Tapi dugaan kali ini walau berat memang terasa ringan..Nak tau sebab apa?Kisahnya bermula begini....


Dah jadi kebiasaan tidur lewat..So terpaksa la terima padahnya..Selepas subuh tertidur balik dan sedar-sedar,OMG!!Dah pukul 10.30 pagi..Terlepas satu kelas..Terlepas kelas ingat seronok ke?Dah la subjek semester susah-susah..Itu boleh di katakan ujian la kan sebab terlepas pelajaran dah..Kena belajar sendiri..

Kedua..Saya selalu pergi kampus lalu ikut highway..Boleh speed..Yeah!!Hehe..Dont try this at highway!!Nak dijadikan cerita tengah dalam perjalanan nak ke kampus dalam lebih kurang 20KM lebih macam tu la tetiba, minyak habis..Adoyai..Highway kot..Mana nak cari stesyen minyak..Terpaksalah cek(saya dalam pelat Kedah) tolak motor tu..Tolak tak sampai satu minit, ada sorang bro yang baik hati datang tolong.."kenapa dengan motor? ", cakna dia berkata *skema toi ayat aku* ..Lepas tu dia tolak sampai ke stesyen minyak dalam lebih kurang 20KM jugak la..

Haaaaa..Tidak habis disini..Lepas habis kelas, tayar depan pulak pecah..Ish..Ish..Ish..Naik motor menyiput le jawabnyer ke kedai motor jarak lebih kurang dalam 2KM..Lepas tukar tiub, uncle tu "ugut" =.=" saya pulak.."Luu kalau nak hidup lama luu tukar tayar sekali..Dekat kedai ucle jugak!!Aku tak kira!!"..Haha..Ayat tersebut hanya rekaan semata-mata..Hihi..Uncle tu mintak saya tukar tayar luar sebab dah nak pecah..Dia cakap kalau tayar tu kebabom tengah jalan, motor tu stay di situ tapi cari tuannya(sayalah tu) tak tau pergi mana..Dugaan jugak apa..Bermain dengan nyawa tu..Bukan gurauan ye..

Itulah dugaan yang saya alami sehari sebelum Ramadhan..Tapi tak terasa seperti dugaan..Syukur sangat kepada DIA..Yelar, kalau tak dak bro tu yang tolong, maunya turun 79KG berat aku sebab tolak motor time tengah-tengah panas beribu-ribu batu(??..Berat pun 78.6KG)..Taubat hitam melegam la aku lepas tu..Masuk kelas tetiba pensyarah tak kenal,"Where are you come from?..Are you the new student in my class?", tanya pensyarah kepadaku...Hehe..Kelakar..Kelakar..Kelakar..

p/s : Kalau di duga dengan sebarang ujian, rileks dan cool ja..Dari pada nak stress dan maki hamun atau merungut better selawat atau menyanyi atau senyum tak perlu kata apa-apa..Buat nothing happen but for some situation lah..Takkan rumah terbakar dah separuh rumah pun,"Mama sayang ratu hatiku,mama nak tau tak?..Rumah kita terbakar tu..Dah separuh dah ma..Best pulak saya tengok api tu bakar rumah kita..Unik..mama..Ini ujian..Kita cool dah la ye mama.."..Alamatnya sebelun dia mati terbakar,dia terlebih dahulu mati kena smash oleh mamanya dengan kejamnya..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X