CARI DISINI

Loading...

Wednesday, August 24, 2011

Bawah Dagu Aurat Dan Hukum Pakai Cincin Dijari Tengah

Adakan bawah dagu adalah aurat atau itu adalah khilaf dan kenapa kita dilarangkan memakai cincin pada jari tengah?..Jom kita tengok selanjutnya bagi merungkai kemusykilan diri..



AURAT bagi seorang lelaki dan wanita Islam berbeza. Secara dasarnya bagi seorang wanita auratnya ialah seluruh tubuhnya berbanding dengan aurat lelaki iaitu antara pusat dan lutut.
Bagaimanapun, terdapat pengecualian khusus dalam persoalan aurat wanita dan lelaki berdasarkan keadaan dan konteks tertentu.

Ini jelas apabila difahami daripada ayat al-Quran yang menjelaskan mengenai suruhan kepada wanita supaya menjaga pandangan mata dan larangan daripada mendedahkan tubuh mereka kepada lelaki yang bukan mahram, kecuali anggota tubuhnya yang zahir.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkankan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji daripada orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah an-Nur (24): 31)

Pengecualian dalam me­nutup aurat wanita terdapat dalam ayat di atas iaitu “...dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya...”

Termasuk dalam zahir ialah bahagian muka dan dua tapak tangan. Memandang­kan dagu dikira sebahagian daripada muka, ia termasuk dalam pengecualian itu secara umumnya.

Memakai cincin pula termasuk mengikut sunnah Rasulullah s.a.w di mana ada riwayat mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w memakai cincin di jari kelingking tangan kiri sehingga Baginda wafat.

“Adalah cincin Nabi s.a.w dipakai pada tangan ini (Dan dia menunjukkan kepada kelingking tangan kiri).” (Muslim)

Seterusnya ada riwayat dari Ali bin Abi Talib bahawa: “Rasulullah s.a.w melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya (jari tengah atau jari hantu).” (Muslim, Abu Dawud, Tirmidhi dan Nasa’i)

Larangan ini dalam bentuk tegahan makruh. Dengan mengikut sunnah Baginda dan meninggalkan tegahan Baginda, seorang akan mendapat ganjaran pahala.

[Klik Sini]Samsung Galaxy Tab 10.1 Sudah Sampai !!
[Klik Sini]Jom Serbu IKEA !!
[Klik Sini]Terbaru Dari MAMEE MONSTER !!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X