CARI DISINI

Loading...

Friday, July 1, 2011

Pelajar Tingkatan 1 Liwat Kanak-Kanak 6 Tahun


Rosak-rosak..Dah la rosak,merosakkan yang tak rosak pulak..Parah..Akidah remaja kita semakin menjunam jatuh ke dalam gaung kemungkaran..Siapakah yang harus dipersalahkan?Jom kita ikuti laporan selanjutnya..




KANGAR - Seorang remaja lelaki yang berusia 13 tahun ditahan kerana disyaki meliwat  seorang kanak-kanak lelaki di  sebuah pondok berhampiran rumah nenek  mangsa di Arau, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis,  Supritendan Mohd. Nashir Ya berkata, suspek  yang bersekolah di sebuah sekolah menengah di  Arau dikenali oleh mangsa yang berusia enam tahun itu..
“Suspek disyaki memaksa mangsa untuk melakukan perbuatan berkenaan kira-kira pukul 4  petang di dalam pondok kosong itu.
“Dia kemudiannya ditahan polis selepas ibu mangsa membuat laporan setelah mangsa mengadu  suspek  menyuruh mangsa  menghisap kemaluan dan memasukkan zakar ke dalam dubur mangsa,” katanya kepada pemberita di sini.
Mohd. Nashi memberitahu, mangsa  menetap di Pulau  Langkawi namun pada hari kejadian dia dan ibunya datang melawat neneknya yang  tinggal bersebelahan rumah suspek.
Ekoran itu, katanya, kanak-kanak berkenaan telah dirujuk kepada  pakar perubatan di hospital berhampiran dan  pihak polis telah mengarahkan suspek memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau.
“Suspek ditahan di IPD itu pada pukul 10  malam tadi selepas selesai memberi keterangan,”  katanya.
Beliau memberitahu, remaja terbabit kini direman dan disiasat di  bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang mana jika sabit  kesalahan boleh dipenjarakan tidak kurang lima  tahun atau tidak lebih 20 tahun serta sebatan. - Sumber
Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X