CARI DISINI

Loading...

Tuesday, July 12, 2011

MELODI Versi Islamik - Akill Hayy Terjah Sambil Berdakwah



 Pengacara dan pendakwah bebas terkenal , Akhil Hayy muncul dengan program terbaru berjudul Cubaan yang menerjah orang awam sambil berdakwah.Program itu akan disiarkan di Astro Oasis (saluran 106) pada setiap Sabtu, pukul 7.30 malam bermula 16 Julai ini.


“Program ini bukan sekadar terjahan dan merakamkan sesuatu keadaan dengan kamera tersembunyi, tetapi secara tak langsung tujuannya adalah untuk mendidik dan berdakwah kepada masyarakat.Kami sengaja menjadikan program ini berbentuk santai dan spontan namun tidak bermakna hendak mengaibkan pihak tertentu. Saya bukan nak tunjuk pandai, sebaliknya mahu memberikan penyelesaian dan kesedaran kepada masyarakat jika sesuatu insiden yang tidak diingini berlaku kepada keluarga dan diri-sendiri,” - Akill Hayy
Antara pengalaman dan cabaran sepanjang sebulan menjalani rakaman program 13 episod itu di sekitar ibu kota..
“Semasa kami meminta seorang kru wanita melakonkan sebagai wanita hamil yang mengerang kesakitan, kami lihat tiada masyarakat yang prihatin sehinggalah akhirnya muncul seseorang yang bukan Muslim mengambil tindakan dan meminta orang ramai menolong wanita itu.Selain itu, berlaku juga kejadian yang tidak diingini ketika kami menguji orang ramai dengan insiden seluk saku. Malangnya, salah seorang kru kami cedera di kepala akibat diserang oleh orang awam yang membantu mangsa pencuri itu,” ceritanya.
Jelasnya lagi, program yang pertama kali dilakukan berbanding sebelum ini benar-benar memberikan pendedahan baru dan membuatkan Akhil sentiasa beristighfar serta berhati-hati dengan kejadian yang tidak diingini walaupun sentiasa diawasi oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis.Suami kepada penyanyi Waheeda ini berharap agar program itu akan menyingkap kebaikan sebenar dan memberikan contoh terbaik kepada masyarakat.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk pendakwah mendatangi masyarakat dan bukannya hanya berada di surau atau masjid kerana mungkin ada antara masyarakat yang terlepas pandang tentang beberapa insiden yang berlaku di sekeliling kita,” katanya lagi yang bakal muncul dengan album baru selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.
Menurutnya, album yang akan memuatkan dua buah lagu itu turut menampilkan kolaborasinya dengan penyanyi Mawi dan kumpulan Brothers menerusi lagu Ighfir Zdunubi (Ampunkan Daku) dan Subhanak (Maha Suci Engkau) yang digubah sendiri oleh Akhil dan isterinya.Selain itu, dia sedang sibuk menguruskan perniagaan pakej umrah ke Mekah melalui syarikatnya, Akhil Network (AN) di Kajang sejak setahun lalu.. -Mstar-
Klik Sini Untuk Artikel Terus Ke Facebook Atau Klik Sini Untuk Add Facebook Awan Fantasia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X