KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan), memetik Bernama.
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga. - mYnEWShUB
" PUASA..JANGAN TAK PUASA NAH CEK OIII.......HIHI "
6 comments:
salam ramadhan..=)
@Ujang9897
Salam Ramadhan kembali kepada the famous blogger..hehe
jom kita tengok bulan ramai2
soalan: kenapa masih perlu tgk anak bulan sdgkan ilmu falak dah cover? bincangkan,hahaha
skrg semmgnya kita sudah tidak melihat anak bulan lagi. ahli falak telah tentukan dan diperkenan oleh mohor besar raja2. untuk tahun ini 1st puasa pada 1 ogos dan raya jatuh pada 30 ogos 2011.. penyampai mohor besar raja2 telahpun ke rtm 1 untuk membuat rakaman pengishtiharan raya pada 3 minggu yang lepas! salam ramadhan dan slamat hari raya semua!!
sememangnya sekarang anak bulan tidak dilihat lagi. ahli falak telah pun mengadap raja2 untuk perkenan tarikh puasa dan raya sejak awal2 lagi (3 minggu yang lepas).. 1st puasa jatuh pada 1 ogos dan raya pada 30 ogos 2011..
penyimpan mohor besar raja2 telahpun ke rtm 1 utk membuat rakaman pengishtiharan raya pada 3 minggu yang lepas!
hebatkan!
selamat menyambut ramadhan dan selamat hari raya buat semua!!
Post a Comment