CARI DISINI

Loading...

Monday, July 11, 2011

Interview Band Sajakiri Di Blog Awan Fantasia


Assalamualaikum semua !!

Apa khabar semua?Hari ini ada baik?..Ada bagus?..Ada naik?...Oit!! Naik apa tue?..Haha..Itu word wajib masa Awan bekerja dalam sebuah syarikat pemasaran selepas tamat SPM 2009..Lagu apa paling best saat ini?Jika Awan di tanya soalan itu, Awan akan sebut lagu SURIHANI..Siap boleh nyanyi balik kalau korang nak tau..Hehe..

Lagu : Surihani



So Awan buat keputusan untuk menemubual band empunya lagu ini iaitu band SAJAKIRI ..Awan telah menemubual salah seorang daripada anggota band SAJAKIRI ini yang juga merupakan seorang komposer bagi band tersebut iaitu sadara ZAINAL ZULIA.. Ini merupakan antara perbualan antara Awan Fantasia dan saudara Zainal Zulia :



1- Bila Kumpulan Ini Mula Ditubuhkan?

Kumpulan ini ditubuhkan pada November 2009. Saya baru sahaja membubarkan band "TuLanG" ketika itu kerana lebih mudah bergerak solo, kerana saya seorang yang cerewet dan keras kepala, khasnya dalam berkarya. TuLanG punyai 3 kepala, sedangkan Sajakiri hanya saya seorang. Senanglah nak uruskan.

2- Apakah Genre Lagu Yang Dibawa Dalam Lagu2 Kumpulan Ini?

Genre lagu. Oleh kerana saya meminati 2 band ini secara khusus : Metallica & Dewa19, lagu-lagu saya banyak dalam elemen-elemen band tersebut. Sebagai contoh; Jihad & Bila Merdeka bergenre metal, Pelangi & Tinggal Rangka adalah Pop Rock, dan Surihani bergenre balada ala Anuar Zain. Jadi, kami sangat diverse.

3- Kumpulan Ini Terdiri Daripada............?(Nama dan posisi)

Dari segi produksi lagu:-
  • Saya, Zainal Zulia : memainkan semua alat muzik, arenjer dan komposer
  • Muhsin : vokalis rasmi
Dari segi persembahan live, kami masih mencari pemuzik tetap untuk Sajakiri. Tengah audition sana-sini.

4-Ada Album Terbaru Yang Bakal Dikeluarkan?Jika Ada,Sila Terang Mengenai Album Tersebut...

Album terbaru memuatkan 5 lagu
  • Tinggal Rangka (siap)
  • Sesuatu (siap)
  • Surihani (siap)
  • Bidadari (on the way)
  • Pelangi (on the way)
Album ini semuanya dinyanyikan oleh Muhsin (baru berusia 19 tahun), dan dicipta oleh saya. Lagu-lagu dalam album ini adalah mengenai hidup saya secara random.

5-Dari Mana Datangnya Nama Kumpulan Ini?(Idea Dari Mana dan Apa MAksudnya)..

Nama Sajakiri ini datang pabila saya dapati saya 'boleh' menulis sajak dengan tangan kidal saya, padahal tangan dominan saya tangan kanan. 'Boleh' di sini membawa maksud 'idea' yang mencurah-curah. Sama seperti apabila saya bermain gitar secara kidal, ia seolah-olah memetik secara automatik sendiri. Dari situ, baru saya sedar yang idea seni/kreatif saya datang dari dominan kidal. Walaupun saya mengira/membuat matematik/membuat penulisan rasmi dengan tangan kanan.

Sajakiri bermaksud : Sajak+Kiri
Baca : Sajak (hasil seni) + Kiri (dominan kidal saya)

6-Lagu pilihan dan sejarah lagu itu dicipta..

Lagu pilihan ya. Ini agak sukar untuk dijawap. Lagu-lagu umpama anak-anak bagi saya. Saya sayang semuanya. Tapi untuk menjawap soalan ini, buat masa sekarang ada 3 lagu yang 'dekat' dengan hati saya :-
  • Surihani (mengenai cinta pertama saya, dicipta pada 1999)
  • Pelangi (lagu 'tema' saya mengenai kehidupan, umpama 'ketua' kepada lagu-lagu yang lain, dicipta pada 2002 ketika saya belajar di Dublin, Ireland)
  • Bidadari (lagu terbaru saya, dicipta pada 2009. Lagu ini ringkas tapi sangat dalam)
Banyak lagi sebenarnya (saya ada beratus lagu dalam simpanan). Buat masa sekarang, inilah pilihan saya. Saya difahamkan penulis Blog ini, Afiq meminati lagu Jihad dan Surihani kan?

7-Ucapan Khas Kepada Peminat Band Sajakiri Kat Luar Sana...

Terimakasih kerana menyokong Sajakiri. Anda adalah sebahagian daripada kami(extension of us) .

8.Ucapan Istimewa Kepada Pembaca BLOG AWAN FANTASIA... ;-)

Kepada pembaca Blog Awan Fantasia, teruskanlah membawa blog-blog hangat di sini. Penulisnya seorang yang baik hati, kreatif dan supportive. Hidup Awan Fantasia!


Banyak lagi lagu dan info menarik :


Klik Sini Untuk Like Fanpage Sajakiri
Klik Sini Untuk Ke Laman Web Sajakiri
Klik Sini Untuk Ke Blog Zainal Zulia


SUMBER : 

Interview : Awan Fantasia Part 1


Interview : Awan Fantasia Part 2


------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

Isteri Encek Bard said... [Reply]

wahhh betui ka nie

Awan Fantasia said... [Reply]

@Isteri Encek Bard
Mestilah betul..hehe..kenapa?tk percaya yea?..huhu..best woo lagu dia..hehe

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X