Tuesday, July 5, 2011

Harapan Finalis-Finalis Showdown 2011



Tanggal 6 Julai 2011 kita bakal menyaksikan pemenang program realiti ‘battle dance’ terbaik sekaligus merangkul gelaran juara SHOWDOWN 2011! 4 kumpulan yang akan berentap nanti ialah Bounce Stepperz, Elecoldxhot, HMC Phlow dan Rokusteps masing-masing ternyata mempunyai kelebihan dan keunikan tersendiri dan mampu bergelar juara SHOWDOWN 2011 sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50, 000!  




“Kami tidak menjangkakan sama sekali bahawa tiada penyingkiran akan berlaku malam ini. Kami sebenarnya sudah bersedia sekiranya kami terpaksa pulang malam ini kerana percaya bahawa kesemua kru yang bertanding mempunyai peluang untuk bergelar juara..Keunikan kami terletak pada persembahan tradisional kami dan kami mahu mengangkat martabat tarian tradisional di pentas SHOWDOWN 2011  ini. Jika gelaran juara tidak berpihak kepada kami, kami mengharapkan persembahan kami telah meninggalkan ’sesuatu’ pada pertandingan ini,” Amirul Hadi bin Abd Rahman, wakil dari Bounce Stepperz.
Rokusteps yang diwakili oleh Wan Faiz bin Wan Noor yang merupakan satu-satunya kru B-boy yang masih kekal dalam pertandingan ini tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira mereka. 
”Kami benar-benar tak menyangka sama sekali bahawa kesemua Top 4 akan ke final kerana kami selalu berada di kedudukan empat terbawah setiap minggu. Kami bersyukur dan berterima kasih kepada penyokong-penyokong Rokusteps yang tidak henti-henti mengundi.”
Dennis Ooi Kok Wei yang mewakili kru ‘favourite’ Elecoldxshot pula berkata,
 “Kesemua Top 4 sememangnya layak ke final. Walaupun pernah mendapat ‘Persembahan Terbaik’ selama tiga minggu berturut-turut, kami tidak pernah memandang remeh ‘skill’ dan idea kreatif kru-kru lain. Kesemua mereka mempunyai keunikan dan kelebihan tersendiri.”
“Kami cukup bersyukur kerana tahun ini kami layak ke final. Walaupun pernah berada di pentas SHOWDOWN tahun lepas, debaran setiap kali melakukan persembahan tetap kami rasa. Peserta-peserta tahun ini juga tidak kurang hebat membuatkan kami lebih bersungguh-sungguh untuk mempamerkan sesuatu yang segar dan kreatif sekaligus memukau perhatian penonton dan juri..Saingan hebat dari Elecoldxhot tidak pernah mematahkan semangat kami. ’Skill’ mereka memang hebat kerana mereka merupakan senior kami tetapi kami akan tetap mempersembahkan sesuatu yang luar biasa untuk peminat semua. Kami harap, semua peminat terhibur dengan persembahan pada malam final nanti.” - Mohd Faruq bin Mohd Suhaimi yang mewakili HMC Phlow.
SHOWDOWN  merupakan program realiti ‘battle dance’ terbitan stesen tv hip 8TV. Program yang cukup dikenali sebagai satu-satunya rancangan pencarian tarian kru jalanan yang tergempak di Malaysia kembali menggegarkan industri hiburan untuk mencari kru terbaik untuk musim kedua. Objektif rancangan ini diadakan adalah untuk membawa tarian jalanan ke suatu tahap yang lebih tinggi disamping mengubah persepsi masyarakat terhadap tarian ini.

SHOWDOWN  telah membuka mata ramai pihak sekaligus membuktikan ia bukan program realiti yang biasa. Sejak kemunculan SHOWDOWN, program ini telah berjaya mengumpul ramai peminat dan telah membentuk satu fenomena baru dalam sejarah tarian tempatan. Ini boleh dibuktikan dengan kemenangan besar yang diraih dalam beberapa majlis anugerah di Malaysia. SHOWDOWN 2010 berjaya menggondol  anugerah Program TV Popular di Shout! Awards 2010, Program Realiti Terbaik pada Anugerah Skrin 2010 dan Program Realiti TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010.

Pada malam The Final Showdown, nasib setiap kru terletak sepenuhnya di tangan penonton apabila para juri tetap hanya mampu untuk memberikan komen.  Keputusan sepenuhnya bergantung kepada jumlah undian SMS penonton. Anda mempunyai kuasa untuk menentukan kru yang layak untuk bergelar juara SHOWDOWN 2011! Untuk mengundi kru kegemaran, anda boleh menghantar SMS dengan menaip SD KOD KRU ke nombor 33399. Jika anda ingin mengundi secara pukal, taip SD 5 or SD 10 KOD KRU ke 33399.

SHOWDOWN 2011  dengan bangganya dibawakan oleh 8TV dan dipersembahkan oleh Hotlink selaku penaja utama dan Sony sebagai rakan penaja.  Kami turut mengalu-alukan kehadiran Vitagen  sekali lagi yang turut tampil menjadi rakan penaja. Program ini turut disokong oleh Office Make Up yang menaja tatarias dan juga Snips yang menjaga dandanan rambut peserta-peserta.  Manakala stesen radio FlyFM dan majalah Just Dance!, Majalah tarian No.1 di Malaysia diangkat sebagai rakan media tahun ini.
AWAN FANTASIA : " MASA SHOW NANTI AWAN NASIHATKAN PIHAK PENGANJUR SEDIAKAN VAN KECEMASAN DAN USTAZ PAKAR RUQYAH UNTUK UBATI GIRLZ2 YG TETIBA KENA SERANGAN PARKINSON ATAU HISTERIA TETIBA PABILA GROUP DORANG PERFORM..TAK CAYA ADA YANG KENA PARKINSON DAN RASUK TENGOK LA NANTI SHOW TUE DI TV..HAHAHAHA ^_^ "
Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X