CARI DISINI

Loading...

Wednesday, June 22, 2011

KELAKAR : Lawak Gangster


Sebuah kumpulan gangster menghadapi masalah untuk mengutip wang perlindungan
dari peniaga. Ini kerana pihak polis sering membuat intipan dan tangkapan.
Ketuanya mengambil seorang bisu untuk mengutip wang tersebut. Pada pendapatnya,
tentulah polis sukar untuk menyoal siasat si bisu tersebut.

Maka si bisu pun mula mengutip wang dan berjaya memperolehi RM50,000.
Walaubagaimana pun, dia menyembunyikan wang tersebut di suatu tempat rahsia.
Maka pada hari yang telah ditetapkan, ketua gangster mengarahkan orang-orangnya
memanggil si bisu. Apabila dipanggil, si bisu itu berpura-pura tidak dapat berkomunikasi
dengan mereka. Lalu mereka pergi berjumpa dengan seorang pakar bahasa isyarat.

Gangster : Mana wang tu?

Pakar menunjukkan isyarat kepada si bisu...
Sibisu menunjukkan isyarat untuk "Aku tak tahu apa yang mereka katakan."

Pakar bahasa isyarat memberitahu gangster tersebut. Dan gangster tersebut menghalakan
pistol ke arah kepala si bisu.

Gangster : Aku akan tembak kepala kau, bisu...

Sibisu menunjukkan isyarat "Duit RM50,000 tu aku telah sembunyikan di taman permainan
di bawah kerusi yang ketiga dari pintu masuk."

Pakar bahasa pun berkata kepada ketua gangster, "Dia tidak tahu dimana wang itu dan kalau kau nak tembak-tembaklah..."

AWAN FANTASIA : Korang faham tak?Awan faham..Kurang ajaq betul Pakar Bahasa tuh..Nak ambik keselamatan la tue..

Suka dengan artikel-artikel dari Awan Fantasia?Add Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

8 comments:

Famili Ceria said... [Reply]

nak ambil kesempatan la...bukan keselamatan...

Awan Fantasia said... [Reply]

@Famili Ceria
oit..silap eja la plak..tak perasan den..

Izyan Masri said... [Reply]

GANAS DERR,GANGSTER TU XD

Awan Fantasia said... [Reply]

@Izyan Masri
Nama pun gangster,karang sopan santun t org ckp pe plak...^_^v

soooooour said... [Reply]

si bisu tu pekak gak ke???

sabree hussin said... [Reply]

ha? ambik keselamatan ?

Awan Fantasia said... [Reply]

@soooooour
ntah..hehe..rasa2 orang bisu pekak tak?hehe

Awan Fantasia said... [Reply]

@sabree hussin
ambik kesempatan..entah kenapa n apa tengah fikir time tue sampai silap taip..haha

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X