Tuesday, June 28, 2011

Fahrin Ahmad Bergaduh Besar Di KLCC


Fahrin Ahmad nama diberi..Tetapi takkan Fahrin Ahmad kaki pukul kot?..Yela kan dia jejaka malaya idaman ramai..Gadis mana yang tidak kenal dengan beliau..Tetapi sedih bila dengar berita yang dia bergaduh di KLCC baru-baru ini..Jom tengok selanjutnya untuk kisah sebenar..Sob..Sob..


Sebenarnya Awan sengaja buat cerita bagi korang tertanya-tanya.."Eh betul ke itu?".."Eh betulkah ini?"..Seksa korang sikit..Yang sebenarnya......................................




Sebuah majlis telah berlangsung di TGV KLCC, petang Sabtu lalu. Setibanya di sana, kecoh apabila ada pihak mengatakan pelakon terkenal, Fahrin Ahmad dan jutawan internet, Irfan Khairi bergaduh di situ.

Apa punca sebenar pergaduhan mereka? Rupa-rupanya, tiada sebarang pergaduhan berlaku kerana ini semua adalah gimik untuk sebuah bengkel motivasi, “Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi” yang dianjurkan oleh syarikat mereka.

Bengkel motivasi yang memaparkan dua ikon belia ini diadakan bertujuan bagi menyampaikan kaedah kejayaan mengikut pengalaman serta kepakaran masing-masing sekaligus memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bidang kewangan, perniagaan dan motivasi .
“Irfan mahir dalam bidang perniagaan manakala saya pula sebagai artis selalu didedahkan dengan populariti. Orang bisnes tidak tahu bagaimana nak popularkan produk mereka manakala artis tidak tahu bagaimana nak memulakan perniagaan.Kami ada dua pengetahuan yang berbeza, jadi kami gabungkan dan kongsi kepada orang ramai tentang pengalaman kami. Bagi saya, kedua-dua perkara ini sebenarnya saling memerlukan untuk berjaya.Apa yang saya kongsi kepada mereka ini juga adalah proses pembelajaran sepanjang tujuh tahun saya bergelar artis,”
 - Fahrin Ahmad

Dengan kaedah penyampaian yang santai, digabungkan dengan unsur lakonan dan sketsa, “Fahrin Ahmad vs Irfan Khairi” bukan sahaja penuh dengan input yang membuka minda, tetapi juga menghiburkan.
“Ini kali pertama saya bekerjasama dengan Fahrin. Kami cuba menerapkan konsep yang baru serta memberi kelainan agar dapat menarik lebih ramai belia untuk hadir ke motivasi perniagaan ini. Diharap dengan gaya yang santai serta celoteh yang menghiburkan, ramai yang boleh menerima cara baru ini.Ini cubaan pertama dan Alhamdulillah, sambutan amat hebat apabila lebih dari 200 orang peserta hadir pada hari ini,” - Irfan Khairi
 Bengkel yang bermula dari jam 2.00 hingga 6.00petang itu dibahagikan kepada tiga segmen setiap seorang di mana Fahrin membicarakan mengenai kaedah membina jenama diri sendiri, skill komunikasi dan pengucapan serta rahsia dan cara menjadi popular. Pada petang itu, Fahrin turut berkongsi mengenai bagaimana menjana pendapatan melalui komunikasi.

Manakala Irfan Khairi berkongsi mengenai cara menjana wang melalui internet, bagaimana menjadi ‘money magnet’, rahsia memulakan perniagaan pada usia 
muda dan teknik menggandakan wang dengan cara mudah.

AWAN FANTASIA : Awan teringin nak jadi sehebat mereka..Punya segala-galanya seperti Irfan Khairi dan punya rupa paras dan keyakinan diri yang tinggi seperti Fahrin Ahmad..Apa-apapun kita perlu bersyukur dengan diri sendiri dan selami dan kaji apa kelebihan yang kita ada..Kerana setiap manusia ada kelebihan masing-masing..

Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

Hans Hanis said... [Reply]

hahahaha
ingatkan betul2 tadi fahrin gaduh

Juvana Episod 10

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X