CARI DISINI

Loading...

Thursday, May 26, 2011

Tentang Bayi : Perkembangan Bayi Baru Lahir 1

Ada kategori baru dalam Awan Fantasia..Ia diberi nama,"Tentang Bayi"..Kepada para ibu yang baru sahaja mendapat cahaya mata,ini semua dapat dijadikan sumber informasi dalam menguruskan bayi masing-masing..Yang belum ada bayi dan dah gatal sangat nak ada bayi sendiri,belajar bagi habis dulu atau kerja dan kumpul duit dulu tapi kalau nak baca,boleh je..Tiada larangan..Sekurang-kurangya bila korang dah kahwin nanti,korang dah expert dah..Hehehe..Jom baca selanjutnya...  ^_^

 Tangan dan kaki masih melengkuk

Bayi korang yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut korang. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan.

Menjelang akhir bulan, bayi korang akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan.

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan/dibalut selamat dalam selimutnya.



 

Dikuasai oleh kelaparannya

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi korang akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, korang mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

fatin syamimi abdul rashid said... [Reply]

haaa . nak khawin !

Awan Fantasia said... [Reply]

@fatin syamimi abdul rashid
no..no..no..bagi semuanya kukuh dulu..baru boleh kawen..hehe.. ^_^

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X