CARI DISINI

Loading...

Monday, April 25, 2011

Mahasiswa Mudah Ditipu Rakan..

REALITINYA mahasiswa adalah kelompok terpelajar yang boleh menghasilkan keputusan cemerlang namun kecenderungan melebihkan keseronokan serta budaya belajar yang tidak konsisten menjadi penyebab pencapaian merudum. Biarpun faham tanggungjawab yang dipikul di menara gading, mereka bagaikan alpa dan terleka menikmati kebebasan baru dikecapi, malah bijak mencipta alasan untuk menutup kesalahan.. Jom baca selanjutnya...




Ada juga bertindak ‘biadab’ meletakkan kesalahan di bahu orang lain. Masyarakat pula apabila sering diperkotak-katikkan, kini mengambil pendekatan tidak percaya dan berpendapat golongan ini memang suka mencipta masalah dan membazir masa dengan perkara tidak berfaedah.

Pertikaian demi pertikaian akhirnya tetap mencipta konflik. Namun persoalannya mengapa mahasiswa ini tidak mampu cemerlang, tidak mempunyai budaya belajar yang konsisten serta mudah tersungkur? Sikap mahasiswa yang menjadikan budaya belajar sebagai ‘kelas kedua’ dan tidak serius punca kebanyakannya gagal memperoleh keputusan cemerlang. Golongan itu lebih rela mengutamakan keseronokan dan mudah terpedaya dengan pujukan rakan serta persekitaran hingga tidak kisah melupakan tanggungjawab di menara gading, malah demi memujuk hati menganggapnya sebagai ‘takdir’. Ini bukan suratan takdir, tetapi kesalahan sendiri kerana tidak mahu belajar bersungguh-sungguh. Sebagai mahasiswa, sepatutnya meletakkan kepentingan belajar di tangga teratas kerana itu tujuan sebenar ketika memasuki menara gading. Bukannya alpa dibuai angan-angan atau melakukan perkara tidak berfaedah. Ini soal masa depan dengan universiti menjanjikan penghijrahan hidup lebih jika mahasiswa tidak tewas mengikut nafsu dan berpegang pada tujuan utama.

Sebaliknya, jika hanya inginkan nama atau membazir masa, buatlah pilihan lain lebih awal supaya tidak membazirkan masa, tenaga, wang dan menghancurkan harapan ibu bapa yang menaruh harapan tinggi. Isu pencapaian mahasiswa sudah lapuk namun tidak pernah habis diperkatakan biarpun masyarakat juga bagaikan sudah muak memberi komentar dan pandangan bagi mengubah keadaan.

Apatah lagi, apabila ditegur, mereka keras kepala, menjawab dan melawan, malah berani pula melabelkan masyarakat penyibuk, kuno serta berat sebelah dan suka mencari kesalahan biarpun teguran itu bertujuan baik. Kebanyakannya merasakan diri sudah selamat dan berada dalam zon selesa menyebabkan mudah terleka selain ingin menikmati erti kebebasan berjauhan dengan keluarga.
Mereka sering menjadikan universiti sebagai tempat mencari atau meniru identiti dan membina ego kerana merasakan diri sudah melepasi tahap kongkongan juga selesa dengan sistem pengajian lebih fleksibel. Bagi mereka yang pertama kali terlepas daripada kongkongan keluarga, universiti menjadi tempat terbaik untuk menguji pasaran diri. Pada masa sama beranggapan sistem pengajian ditempuh itu lebih mudah sedangkan sebenarnya ia lebih sukar.

INFO




  • Mengikut statistik, kira-kira 4,800 pelajar gagal menamatkan pengajian atau diberhentikan dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) setiap tahun dan jumlah itu 1.5 peratus daripada jumlah kemasukan setiap tahun sejak 2005.
  • Secara umumnya, kegagalan pelajar menamatkan pengajian atau diberhentikan adalah kerana pencapaian akademik tidak memuaskan, gagal mendaftar kursus, menyambung pengajian di tempat lain, menipu kelayakan dan masalah disiplin. 
  • source


    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    4 comments:

    me | is | aku said... [Reply]

    betul la. cthnye dkt2 nk exam ni, kite tnye member "kau dh stdy byk mne?" member jwb "aku x bukak buku pon lg wehh. tkot"
    jgn le nak caye sgtt.

    Gen2Merah said... [Reply]

    mmg camtu lah hakikatnya kalau dah kat U.. habiskan duduk mak bapak p berjoli bersuka ria tdk ingat tujuan asal mereka

    Awan Fantasia said... [Reply]

    @me | is | aku
    tu la kan..alasan banyak sangat..dah la alasan langsung tak masuk akal..

    Awan Fantasia said... [Reply]

    @Gen2Merah
    setuju!!joli sekrang buat apa?masa depan hancur dah xbley nak suka2..24 kerja membanting tulang..lagi best membanting tulang sekarang dan nanti kerja ikut time n ada time ntuk enjoy..enjoy sekarang, t dah xdak masa nak enjoy..

    Blog Pilihanku

    -| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
    LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

    X