Friday, August 19, 2011

Tahun Ini Maya Karin Beraya Di...


19 Ramadhan sudah..Macamana dengan puasa korang?Setakat ini ada o.k ke k.o..Haha..Berbalik pada dunia artis kita, antara ramai-ramai artis Malaysia, artis terkenal Malaysia Maya Karin tahun ini beraya di....

...Australia..Ya..Maya tahun ini bakal beraya dengan kanggaroo-kanggaroo yang suka melompat-melompat tu iaitu di Australia..Maya dilaporkan GUA baru saja balik dari Amerika Selatan setelah dua bulan bercuti di sana..


Maya menyatakan bahawa beliau ingin berehat daripada sebarang penggambaran kerana sebelum ini beliau terlibat dengan dengan banyak filem dan projek..

" Saya agak penat kerana terlibat dengan banyak filem dan beberapa buah projek. Jadi, buat masa ini saya tak mahu terlibat dengan mana-mana penggambaran. Aktiviti bulan Ramadhan juga tak ada sangat. Jadi, kemungkinan saya akan bercuti sehingga selepas raya " - Maya Karin
 Tambah beliau lagi, beliau pada tahun ini mahu membuat satu kelainan dan beraya di Australia kerana kata Maya beliau sudah 12 tahun berturut-turut beraya di negara bunga raya ini..Maya difahamkan mempunyai kenalan dan sepupu yang tinggal di Australia..Maya Karin bakal berada di luar negara selama dua hingga tiga minggu..


UCAPAN HARI RAYA DARI MAYA KARIN BUAT PEMINAT

“Sempena Aidilfitri yang bakal tiba nanti, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Semoga raya kali ini menjadi raya yang ceria kepada saya dan juga anda. Jika ada apa-apa kesalahan, harap dimaafkan.”

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X