Tuesday, July 5, 2011

Manchester United Lapar Kejuaraan


MANCHESTER: Patrice Evra melaungkan amaran kepada pencabar Liga Perdana Inggeris betapa Manchester United masih laparkan kejayaan demi kejayaan.
Red Devils mengatasi Liverpool sebagai kelab paling berjaya di England dengan meraih rekod kejuaraan liga kali ke-19 Mei lalu, namun Evra menegaskan mereka tidak akan membiarkan lawan menguasai musim depan.


Pertahanan Perancis itu menegaskan United tetap berazam untuk menamatkan saingan di depan pencabar mereka musim depan dan mendahului Liverpool daripada segi jumlah kejuaraan.
“Kami sudah memenangi Liga Perdana 19 kali tapi masih mahukan trofi lagi,” kata Evra.

“Inilah sumpah Manchester United. Tidak pernah cukup untuk memenangi trofi.

“Itulah sebabnya United sebuah kelab besar dan kami mahu terus kekal di puncak.
“Musim depan kami akan memiliki keinginan sama untuk memenangi setiap perlawanan. Jika anda tiada keinginan, anda pasti berdepan maki hamun daripada (Alex) Ferguson!” Chelsea sekali lagi dijangka menjadi pencabar utama United dan cabaran mereka kali ini dikemudi pengurus baru, Andre Villas-Boas.

Pakar taktik berbangsa Portugis itu meraih kejayaan menakjubkan bersama Porto namun rakan senegaranya Nani tidak fikir beliau mampu mengalahkan United. - Agensi

Jom berkenalan dengan Awan Fantasia Di Facebook..Add la Awan di FACEBOOK AWAN FANTASIA atau like Fanpage BLOG AWAN FANTASIA ..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X