Saturday, July 9, 2011

Di Sebalik BERSIH 2.0 - Antara Berita Baik Dan Buruk Untuk Aktivis


Pihak penganjur BERSIH 2.0 menyatakan bahawa perhimpunan ini berjalan seperti yang dirancang..Dan kini Awan Fantasia dedahkan kepada yang belum tahu tentang apa yang sudah terjadi dengan aktivis yang mungkin korang terlepas pandang dan tidak tahu..Ada dua...Korang nak tau yang mana dulu?Baik atau yang tidak baik?
YANG BAIKNYA..................................



Aktivis yang di tahan dilayan istimewa oleh pihak polis..Wah!! Nampak macam makan kenduri pulak dorang nie..Harap-harap ini bukan helah macam Adoft Hitler..Maksud Awan harap-harap dalam makanan nie tak ada racun..Kena tahan pastu di jamu makan..Awan rasa kalau ramai yang tak sertai BERSIH 2.0 tau yang depa akan dilayan sebegini rupa jika di tahan, mesti depa pun turun..Dari 50,000 turun jadi 5 Juta turun..Hahaha..



Jika di sekitar ibu kota, para penyokong perhimpunan haram sama ada Bersih 2.0 atau Patriot perlu berdepan dengan meriam air dan gas pemedih mata sebelum ditangkap oleh polis, namun situasi itu berbeza sebaik sahaja mereka tiba di pusat tahanan sementara dekat sini.Pusat tahanan sementara berkenaan bertempat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak.

Hampir 650 orang termasuk wanita yang ditahan kerana terlibat dengan perhimpunan haram terbabit diberi layanan istimewa sebaik tiba di pusat berkenaan.Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaparkan gambar-gambar yang menunjukkan kesemua mereka yang ditangkap diambil keterangan oleh pegawai dan anggota yang bertugas dalam keadaan tenang dan selesa.



Siap ada tempat solat dan rehat lagi..

YANG MALANGNYA................



KUALA LUMPUR, 9 Julai: Seorang peserta perhimpunan Bersih 2.0 yang terkena semburan water canon dan gas pemedih mata di KLCC meninggal dunia sekejap tadi.
Baharudin Ahmad, 58 tahun, bersama rakan dan keluarganya berkumpul di KLCC terjatuh dan pengsan apabila disembur gas pemedih mata oleh pasukan keselamatan.Beliau yang dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) disahkan meninggal dunia kemudiannya.Jenazah beliau kini dibawa ke rumah beliau kemudiannya di Kelompok Camar, Jalan Ampang Ulu Kelang.

Menurut rakan beliau, Suhaimi Long, Baharudin pengsan selepas terkena gas pemedih mata di  bawa ke HKL di mana anak perempuan mangsa bertugas di situ sebagai seorang doktor. Isteri belaiu, Puan Rosni Melan ketika dihubungi Harakahdaily berkata, ketika kejadian beliau dan suaminya tidak duduk sekali kerana beliau ke Stadium Merdeka manakala suaminya ke KLCC.
"Saya diberitahu, apabila polis menembak gas pemedih mata, suami beliau tidak larat untuk lari dan duduk di situ. Apabila orang ajak lari baru mereka sedar suami saya sudah tidak sedarkan diri," cerita Rosni yang juga Ketua Wanita Cabang Setiawangsa itu.
Suami beliau kemudiannya di bawa ke HKL dan disahkan meninggal dunia di sana. -Sumber
~ Al-Fathihah ~

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X