Tuesday, March 15, 2011

C.I.N.T.A


 Aku berlari-lari anak menuju ke perhentian bas. Petang ini hujan lebat,tambahan pula aku tidak membawa payung. Terpaksalah aku meredah hujan dengan baju kurungku. Rasa menyesal pulak pakai baju kurung hari ini. Kalau aku pakai seluar,pergerakkanku pasti lebih mudah. Sudahlah aku terpaksa berjalan pantas menuju ke perhentian bas yang agak jauh dari pejabatku,ditambah pulak dengan sikap seorang pemandu yang tak bertauliah. Pemandu kereta BMW hitam itu memecut laju sehingga menyebabkan air lopak terpercik ke arahku. "ahh...geramnya"...Seperti menyedari kesilapan diri,
pemandu itu mengundurkan keretanya kembali dan berhenti dihadapanku. Aku tidak dapat melihat wajahnya kerana cermin keretanya gelap. Kalau boleh,aku nak tumbuk aja muka si pemandu nie.

Pintu kereta dibuka. Keluar seorang lelaki yang bercermin mata hitam. Dia berjalan menuju kearahku."Maaf cik,saya tak sengaja". Aik,baiklah pulak mamat nie. Tahu pun mintak maaf. Aku masih dengan muka masamku. Ingat senang-senang je aku nak beri kemaafan setelah bajuku sudah basah lencun begini. 

"Jom..saya hantarkan cik..hujan-hujan macam nie,cik nak kemana?". Hah? Dia nak hantar aku? Dia ingat aku nie perempuan yang jenis senang-senang je nak terima pelawaan lelaki?Mintak maaflah brader...Tengok oranglah...

"Tak pelah..susah-susah je..saya boleh naik bas "..Aku mengorak langkah menuju ke perhentian bas semula. Buang masa layan lelaki yang anggap jalan raya ni bapak dia yang punya. Meyampah! Harap kereta je cantik tapi tak reti nak pandu. "Cik..saya ikhlas",katanya tetapi aku masih diam."Cik!"..Tiba-tiba aku rasa tanganku dicapai seseorang. 

"Hey....apa pegang-pegang nie???????",marahku. Suka hati je pegang tangan orang. Takde adab langsung. Aku tahulah kau nie orang bandar,aku nie orang kampung. Jangan nak buli orang macam aku pulak. Aku nie pandai silat tau. Walaupun aku belajar separuh jalan saja tetapi aku masih boleh mempraktikkan langkah-langkah yang aku telah pelajari.

" Upssst...maaf,cik",katanya.."Saya boleh balik sendiri",kataku. Aku tidak menghiraukan lelaki itu. Aku menoleh ke arah kiriku. "Alamak!!!Bas aku!!!!Tunggu!!!" Jerit hatiku. Malangnya bas itu sudah jauh meninggalkan aku. Ini semua gara-gara lelaki itu. Kenapapalah dia muncul dalam hidup aku hari ini. "Cik,jomlah saya hantar..bas cik dah terlepas tue..Kata lelaki itu. Kurang asam. Boleh perli aku pulak sekarang ini. "mana awak tahu itu bas saya?",kataku angkuh."Saya tengok muka awak yang masam tue pun saya dah agak awak kena tinggal bas",lelaki itu senyum sinis. Aku menatap muka jam tanganku. Sudah pukul 6.15. Aku belum solat Asar lagi. Nampaknya aku terpaksalah menerima pelawaan lelaki tersebut. Kalau dia nak apa-apakan aku masa dalam kereta dia nanti, aku semburdia dengan serbuk cili. Biar pedih mata dia. Hidup iniperlu bersedia dengan sebarang kemungkinan. 

"Silakan",jemput lelaki itu. "Terima kasih",aku menjawab pelawaannya. "Nak kemana cik?",soalnya. "Cheras",jawabku singkat. Lelaki itu terus menghidupkan enjin keretanya. Dia memasang radio. Entah lagu apa yang dia pasang,rancak semacam. Macam nak meletup keretanya. Bingit telinga aku. Rasa macam di disko pun ada. Menyedari akan aku yang tidak selesa denga muzik rock tersebut, lelaki tersebut menutup radio."Cik masih marah saya ke?...maaflah,saya tak sengaja".Mana tak sengajanya,pasang radio pun kuat,orang sekeliling pun dia tak sedar.

"Maaf encik..saya ini bukan cik lagi,tapi puan",kataku. Lelaki itu diam. Aku sengaja menipu status diriku padanya kerana aku malas nak berbual panjang dengannya."Oh puan...nama puan?",soalnya lagi. "Balqis",aku terlepas cakap. Upsst..bodohnya. Kenapalah aku beritahu nama sebenar aku pada mamat nie. Aduh!!"Saya Hakim..Call me Kim",beritahunya. "Oh....",jawabku ringkas..dalam hati,"tak tanya pun...". 

*********************************************************
 "Siapa hantar kau tadi Qis?Hensemlah mamat tue..byfriend baru ker?",tegur Rina,Rakan serumahku."Mana ada boyfriend baru..boyfriend lama pun tak ada,nak cari boyfriend baru",jelasku."Habis,tue siapa?kenalkanlah kat aku",kata Rina. Amboi.....bulan depan nak kahwin pun masih nak menggatal lagi.Aku report kat tunang kau baru tahu."Nak kenalkan macamana,aku cuma tahu nama dia aje. Kalau nak tahu, nama dia Hakim",kataku pada sahabatku itu. "Ish,kau nie..dah dapat lelaki hensem macam tue pun masih nak tolak rezeki lagi..Hey..sampai bila kau nak single?Umur dah nak masuk 25 tapi masih membujang",jelas Rina. 

"Nak buat macamana Rina,jodoh aku belum sampai..",kataku. "Nak sampai macamana Qis,kau tue yang jual mahal sangat..dari sekolah menegah lagi kau nie asyik tolak rezeki..bila ada orang nak berkenalan aje, kau bagi macam-macam alasan..kata dah berpunyalah,padahal masih single..bulan depan bila aku dah kahwin,kau berani tinggal sorang-sorang?",balsnya panjang. Aku diam. Entahlah. Aku sendiri tidak faham dengan diriku yang tidak suka ber'couple' sejak zaman sekolah lagi. Aku nie bukannya orang yang sombong. Sikapku sentiasa ceria tetapi aku masih belum bersedia menerima mana-mana lelaki dalam hidupku. Hatiku belum terbuka.

BERSAMBUNG......................
   




------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X