Friday, September 24, 2010

KELAKAR : PAK PANDIR BERNIAGA DURIAN...




Pada suatu musim durian, Pak Pandir bercadang memulakan perniagaan buah durian di tepi lebuhraya.

Setelah berjaya mendapatkan bekalan durian, maka terpacaklah bangsal durian Pak Pandir di tepi lebuhraya berhampiran kampungnya.

Setelah beberapa ketika, datanglah seorang pelanggan bertanyakan harga durian-durian yang di jual Pak Pandir.

Diberitahu Pak Pandir akan harganya dan pembeli bersetuju dengan harga tersebut dan seterusnya meminta Pak Pandir memasukkan kesemua durian yang di jual kedalam traknya.

Tiba-tiba Pak Pandir kelihatan sangat marah seraya memberitahu pembeli tersebut:

Pak Pandir : Minta maaf Encik ! Saya tak jadilah jualkan kepada encik durian-durian ini.

Pembeli : Kenapa pula? Tadikan dah setuju dengan harganya... Saya bayarlah kesemuanya !

Pak Pandir : Habis kalau encik dah beli kesemuanya, apa lagi saya nak jual ?

Pembeli : ??????????

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1 comments:

deem said... [Reply]

pak pandir tetap selamanya pak pandir...hehehehe...awal pagi dah senaman muka...thnx ya fren:)

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X