Wednesday, September 29, 2010

KELAKAR : MEMO KEPADA SEMUA STAFF...




Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada tahun 2010, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut :-

PENGANGKUTAN

Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji.

Sekiranya anda memandu kereta nasional, kami mengandaikan anda telah berada pada leveel yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

CUTI TAHUNAN

Setiap orang akan mendapat cuti 96 hari dalam setahun dia ia ialah hanya pada hari sabtu dan ahad.

WAKTU LUNCH

Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka perlu makan lebih untuk kesihatan.

Untuk staff yang normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.

Untuk staff yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja. ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

CUTI SAKIT

Mulai 2010 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke klinik untuk dapatkan MC, anda tentu boleh pergi kerja juga.

PENGGUNAAN TANDAS

Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai tahun 2010 set

iap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kamera akan menyala.

Sekiranya lebih dari 2 kali gambar di rakam, kami akan menampal gambar anda di notice board di bawah sudut "STAFF SEMBELIT".

PEMBEDAHAN

Selagi anda menjadi staff disini, kami tidak akan membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa- saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

PENGGUNAAN INTERNET

Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca emel, chatting dan games akan di kenakan bayaran RM 2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.

Sebagai permulaan, 73% staff disini tidak akan mendapat gaji selama 3 bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. kami akan mencuba memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada anda. Sebarang aduan, komen, pertanyaan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh di salurkan ke tempat lain...

AWAN: Aduh.........Parah kalau camnie..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X