CARI DISINI

Loading...

Wednesday, May 4, 2011

KELAKAR : Ketua Kampung ..


Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kap-chainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.

'Tok, tumpang ke Pekan."

" Boleh, naik di belakang" jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat, ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin.

'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni."

"Apa salahnye, naiklah di belakang." Motor pun sampailah ke jalan besar.

Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus
mengejar beliau.

Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

"Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak
ke kite mati." Marah Tok Batin.

"Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi."

"Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh due, tak boleh tumpang lagi..."

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X