Tuesday, February 8, 2011

DUNIA BOLA : Ronaldo tamatkan kemarau gol.

RONALDO (tengah) menerima tahniah daripada pemain Real Madrid apabila menewaskan Real Sociedad kelmarin.


MADRID: Real Madrid memberikan reaksi balas dengan bergaya terhadap rekod kemenangan 16 perlawanan liga berturut-turut Barcelona, dengan Cristiano Ronaldo mengetuai pasukannya dalam kemenangan 4-1 ke atas Real Sociedad kelmarin.
Ronaldo begitu bersemangat menghadapi perlawanan itu selepas dikritik kerana tidak menjaringkan gol dalam empat perlawanan dan selepas menyaksikan Lionel Messi mencipta hatrik dalam kemenangan 3-0 Barcelona ke atas Atletico Madrid, Sabtu lalu.
Kemenangan Barcelona menyaksikan barisan Pep Guardiola mengatasi rentetan 15 kemenangan yang dicipta pasukan Real Madrid bimbingan Alfredo Di Stefano pada 1960-1961 dan meletakkan mereka sepuluh mata di atas puncak liga.

“Saya sudah berkata sekali pun jika musim Ronaldo berakhir sekarang, ia tetap pencapaian hebat. Dia sentiasa bekerja keras dan memberikan segala-galanya buat pasukan,” kata jurulatih Real, Jose Mourinho selepas pasukannya merapatkan jurang dengan Barcelona kembali kepada tujuh mata.

“Adalah sukar untuk pemain berdepan dengannya kerana mereka takut melakukan terjahan kerana bimbang tidak akan mendapatkan bola. Mereka menendangnya tetapi dia kuat dan mampu menanganinya.”

Real, dengan Emmanuel Adebayor diberikan tempat dalam kesebelasan utama selepas jaringannya dalam Copa del Rey menentang Sevilla pada pertengahan minggu, memberi tekanan daripada sepak mula dengan pelawat berkubu dalam kotak penalti mereka.
Sementara itu, Sevilla hanya mampu menyalahkan diri sendiri selepas mensia-siakan banyak peluang yang dimiliki dan mereka hanya mampu seri 0-0 dalam pertembungan tetangga Andalusia dengan pasukan tercorot, Malaga sekali gus semakin jauh dalam buruan tempat ke kejohanan Eropah. - AFP


CREDIT TO : BERITA HARIAN ONLINE

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

0 comments:

Blog Pilihanku

-| Info Menarik!!Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut!! |-
LAIN-LAIN ARTIKEL MENARIK

X